• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Bas Langgar Pokok di UPM Dipenjara Seminggu, Denda RM8k

Pemandu Bas Langgar Pokok di UPM Dipenjara Seminggu, Denda RM8k

August 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemandu bas langgar pokok di UPM

SEORANG pemandu bas sekolah yang terbabit dalam kemalangan hingga mencederakan seorang guru dan tiga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dihukum penjara seminggu dan denda RM8,000 daripada Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohamad Hamir Masruddin, 44, dihukum selepas mengaku bersalah atas tuduhan memandu secara cuai dan berbahaya di kawasan kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), 2 Ogos lalu.

Lesen Digantung 5 Tahun, Penjara Tambahan Jika Gagal Bayar Denda

Majistret Nur Natasya Mohtarudin turut memerintahkan:

  • Hukuman penjara bermula serta-merta (5 Ogos)
  • Lesen memandu digantung lima tahun
  • Jika gagal bayar denda, tertuduh boleh dipenjara tujuh bulan

Pemandu Didakwa Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Mengikut pertuduhan, Mohamad Hamir didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam.

Kesalahan dilakukan di Jalan Persiaran, UPM, sekitar jam 12.18 tengah hari, pada 2 Ogos 2025, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan:

  • Penjara maksimum lima tahun
  • Denda antara RM5,000 hingga RM15,000
  • Penggantungan lesen minimum lima tahun

Tertuduh Rayu Hukuman Diringankan

Ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan atas alasan tiada pekerjaan tetap dan sedang menanggung ibu sakit di kampung.

Saya cuma kerja sambilan, kalau ada kerja baru dapat gaji. Ibu saya pula sakit di kampung," katanya.

Namun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal atas faktor kecuaian yang menyebabkan kecederaan.

Tertuduh memandu secara berbahaya dan menyebabkan empat mangsa cedera," kata Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd Rozi.

30 Murid, 5 Guru dalam Bas, Pemandu Disyaki Terlelap

@thewanyzain Kejadian today.. alhamdulillah xde yang teruk... #accident #accidentupmserdang #pasti #UPMSerdang ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") - Fadhilah Intan

Siasatan awal polis mendapati pemandu dipercayai terlelap sebelum bas yang dipandu terbabas dan melanggar sebatang pokok di dalam kawasan UPM.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, ketika kejadian berkata:

  • Bas membawa 30 murid dan lima guru PASTI Ampang
  • Dalam perjalanan dari kilang coklat ke Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Jangan Pandang Ringan Tanggungjawab Pemandu Bas Sekolah

Kes itu menjadi peringatan tegas terhadap tanggungjawab besar yang dipikul setiap pemandu bas sekolah, terutama apabila melibatkan keselamatan kanak-kanak.

Sikap cuai, termasuk memandu dalam keadaan letih boleh menyebabkan kemalangan serius, mencederakan penumpang dan meragut nyawa. Hukuman seperti itu bukan bertujuan menghukum, tetapi sebagai amaran keras kepada pengendali pengangkutan awam supaya lebih bertanggungjawab.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Mahkamah Majistret, Pemandu Bas Sekolah, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Universiti Putra Malaysia (UPM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
    Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
  • #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
    #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
  • BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
    BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
  • Aduan Orang Ramai Kenderaan Lawan Arus di Bandar Mahkota Cheras, JPJ Lancar Operasi
    Aduan Orang Ramai Kenderaan Lawan Arus di Bandar Mahkota Cheras, JPJ Lancar Operasi

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev