NISSAN terlalu besar untuk gagal dan kesannya bukan kecil. Nissan tidak berputus asa dan sudah pun mengumumkan beberapa langkah termasuk pengenalan sejumlah model baharu.
Terbaharu Nissan Motor Co Ltd mengumumkan Re:Nissan, iaitu pelan pemulihan untuk mengambil tindakan tegas dan berani bagi meningkatkan prestasi dan mewujudkan perniagaan lebih cekap, berdaya tahan, dan responsif terhadap pasaran.
Pengurusan Baharu Nilai Semua Sasaran
Dengan fokus baharu di bawah pengurusan baharu, Nissan menilai semula sasaran dengan menjalankan kajian menyeluruh terhadap inisiatif utama, dan memperkenalkan langkah tambahan untuk memastikan pemulihan kukuh.
Nissan mensasarkan kembali membuat keuntungan menjelang tahun fiskal (FY) 2026. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Ivan Espinosa berkata;
"Di tengah prestasi tahun fiskal 24 yang mencabar dan peningkatan kos berubah, ditambah pula persekitaran tidak menentu, kita mesti mengutamakan peningkatan kendiri lebih mendesak dan pantas dengan sasaran keuntungan yang kurang bergantung pada kuantiti.
"Sebagai pengurusan baharu, kami mengambil pendekatan berhati-hati untuk menilai semula sasaran dan secara aktif mencari setiap peluang yang mungkin untuk melaksanakan dan memastikan pemulihan kukuh.
"Re:Nissan ialah pelan pemulihan berasaskan tindakan yang menggariskan dengan jelas perkara perlu kami buat sekarang. Semua pekerja komited bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melaksanakan pelan ini, dengan matlamat kembali mencapai keuntungan menjelang tahun fiskal 2026."
Nissan Sasar Jimat Kos 500 Bilion Yen
Dengan Re:Nissan, pengeluar itu mensasarkan jumlah penjimatan kos 500 bilion yen (RM14.65 bilion) berbanding angka sebenar FY 2024 dalam penjimatan kos tetap dan berubah.
Penjimatan tersebut akan mewujudkan rangka kerja untuk menjamin keuntungan operasi dan aliran tunai bebas dalam perniagaan automotif menjelang FY 2026.
Cara Nissan Capai Matlamat
Dalam pelan baharu itu, Nissan menetapkan sasaran pengurangan kos agresif sebanyak 250 bilion yen (RM7.32 bilion) dengan cara:
- Syarikat mempercepatkan kecekapan kejuruteraan dan kos sambil melaksanakan model tadbir urus ketat.
- Menubuhkan sebuah pejabat transformasi silang fungsi khas di bawah Ketua Pegawai TdC* yang dianggotai kira-kira 300 pakar dan diberi kuasa membuat keputusan kos.
- Menghentikan sementara aktiviti produk lanjutan dan pasca FY2026 menggerakkan 3,000 orang untuk menumpukan inisiatif pengurangan kos.
- Penyusunan semula keutamaan dapat dilakukan melalui pelaksanaan pantas terhadap proses pembangunan yang dipendekkan bagi mengurangkan masa utama dan memastikan tiada kelewatan dalam pelancaran produk.
- Aspek utama transformasi melibatkan pemikiran semula rantaian bekalan.
- Penstrukturan semula panel pembekal untuk mendapatkan lebih banyak volum kepada pembekal yang lebih sedikit, dan menghapuskan ketidakcekapan serta mencabar piawaian lama.
Pengurangan Kos Tetap
- Sambil mengekalkan fokus kuat kepada kos berubah, Nissan akan terus mencari peluang tambahan untuk mengurangkan kos tetap dengan mensasarkan jumlah pengurangan 250 bilion yen menjelang FY26 berbanding angka sebenar FY24.
Penstrukturan Semula Kilang
- Nissan akan menyatukan kilang pengeluaran kenderaan daripada 17 kepada 10 fasiliti menjelang tahun fiskal 2027.
- Syarikat akan menyelaras kilang trenkuasa dan mempercepat pembentukan semula pekerjaan, pelarasan syif kerja, dan pengurangan perbelanjaan modal, termasuk pembatalan kilang bateri litium-besi-fosfat (LFP) yang dirancang di Kyushu.
Pengurangan Tenaga Kerja
- Nissan mensasarkan mengurangkan 20,000 pekerja antara tahun fiskal 2024 dan 2027, yang merangkumi pengurangan 9,000 pekerja seperti diumumkan sebelum ini.
- Pengurangan tenaga kerja itu membabitkan peranan langsung atau tidak langsung, dan peranan kontrak seluruh dunia dalam fungsi pembuatan, perbelanjaan jualan, am dan pentadbiran (SG&A) serta Kajian dan Pembangunan (R&D).
- Selain itu, Nissan akan melaksanakan langkah selanjutnya bawah SG&A, termasuk meluaskan skop perkhidmatan perkongsian dan mengenal pasti kecekapan dalam pemasaran.
Pembaharuan Pembangunan Produk
Nissan memperbaharui proses pembangunan dengan mengurangkan kos kejuruteraan, kerumitan, dan meningkatkan kelajuan pembangunan dengan:
- Dengan pelbagai inisiatif seperti rasionalisasi kemudahan R&D global dan pengagihan kerja ke lokasi kompetitif, Nissan mensasarkan mengurangkan kos purata per jam tenaga kerja sebanyak 20 peratus.
- Mengurangkan kerumitan alat ganti 70 peratus, manakala penyepaduan dan pengoptimuman platform akan mengurangkan bilangan platform daripada 13 kepada 7 menjelang tahun fiskal 2035.
- Memendekkan masa membangunkan kenderaan, iaitu 37 bulan untuk model pertama dan 30 bulan untuk model seterusnya.
- Model dibangunkan di bawah proses tersebut seperti Nissan Skyline serba baharu, kenderaan Segmen-C global serba baharu, dan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Infiniti serba baharu.
Strategi Pasaran dan Produk Ditetap Semula

Nissan juga sedang mengubah strategi produk supaya lebih fokus kepada pasaran dan jenama menerusi:
- Mempercepat komitmen terhadap inovasi untuk membawa kemajuan yang menarik kepada pelanggan.
- Tumpuan akan diberikan kepada:
- Model khas Nissan yang mempunyai jenama model yang kuat dan mewakili identiti Nissan di seluruh dunia.
- Model yang memacu jualan, yang akan menjadi pendorong utama prestasi dan pertumbuhan syarikat.

- Pendekatan khusus pasaran akan menjadikan Amerikan Syarikat (AS), Jepun, China, Eropah, Timur Tengah dan Mexico sebagai pasaran utama, dengan menggunakan pendekatan yang disesuaikan untuk pasaran lain.
- Di AS: Memberi perhatian kepada segmen yang berkembang pesat seperti hibrid dan menghidupkan semula jenama Infiniti dengan kerjasama Nissan.
- Di Jepun: Penambahan model akan membantu menguatkan jenama di pasaran tempatan.
- Di China: fokus diberikan kepada peningkatan prestasi dalam negara dengan kenderaan elektrik (EV) yang mana eksport dari China akan membantu memenuhi pelbagai keperluan seluruh dunia.
- Di Eropah: Tumpuan diberikan kepada SUV segmen-B dan -C menerusi kerjasama dengan Renault Group dan rakan kongsi dari China untuk mempelbagai tawaran produk.
- Di Timur Tengah: Menumpukan SUV besar sambil meneroka produk dari China untuk meningkatkan daya saing produk.
- Di Mexico: Menjadi hab eksport penting yang menyumbang ketara kepada keuntungan dan pertumbuhan.
Memperkukuh Perkongsian

- Nissan akan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk menghasilkan model yang melengkapi barisan produk jenama itu, termasuk memenuhi keperluan pasaran khusus.
- Beberapa projek sedang dijalankan dengan rakan perikatan seperti Renault dan Mitsubishi Motors (MMC), termasuk inisiatif untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) baharu berasaskan LEAF generasi seterusnya untuk pasaran Amerika Utara MMC.
- Nissan dan Honda akan meneruskan kerjasama dalam kecerdasan kenderaan dan elektrifikasi.
- Re:Nissan menjelaskan langkah yang perlu untuk memulihkan prestasi dan menetapkan garis masa jelas selepas kajian menyeluruh terhadap situasi syarikat semasa.
- Walaupun sasaran bercita-cita tinggi, tetapi strategi dan tindakan diambil adalah jelas.
- Nissan komited melaksanakan pelan berkenaan bagi memulihkan prestasi jenama itu.
Leave a Reply