Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Hyundai Elantra 2.0 Executive (2017) – Pemanduan Penuh Gaya dan Bersahaja
Pandu Uji

#PanduUji: Hyundai Elantra 2.0 Executive (2017) – Pemanduan Penuh Gaya dan Bersahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL segmen-C Hyundai bernama Elantra ini sudah masuk generasi ke-6 dan sejak diperkenalkan ke pasaran pada 1990, jualan keseluruhan Elantra sudah melebihi 10 juta unit. Sedan tersebut, juga dikenali sebagai Lantra dan Avante di negara lain, kali ini tampil berbeza dan anggun.

Proses transformasi besar-besaran itu bermula apabila Hyundai memperkenalkan falsafah rekabentuk ‘Arca Bendalir’ atau Fluidic Sculpture. Kini Elantra bergaya lebih elegan dengan gril depan heksagon dan lampu siang (DRL) LED, manakala bahagian belakang direka sporty.

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Elantra 2.0L dan Sport 1.6L Turbo – Sedan Asia Gaya Eropah

LUARAN: Ringkas & Berkualiti

Versi pandu uji  ini adalah varian Executive 2.0L. Sebenarnya, penampilan versi Executive dan Dynamic tidak banyak berbeza. Dynamic diberikan kit badan agresif bersama lampu siang LED. Ciri standard lain diberikan ialah lampu utama projektor halogen automatik, lampu kabus (Executive sahaja) dan rim aloi 17-inci rekaan turbin.

Walaupun penampilan Executive tidak sporty seperti Dynamic, tetapi tetap kelihatan anggun dengan penjimatan wang kira-kira RM4,200. Pemilihan warna badan biru juga mampu menyerlahkan identiti sedan itu di jalan raya.

Kemasan kabin menggunakan material dalaman berkualiti dengan rekabentuk ergonomik. Sudut konsol tengah dihalakan ke arah pemandu yang memudahkan tangan mengakses butang kawalan. Susun atur butang kawalan yang ringkas jelas mesra pengguna dan tidak sukar hendak menyesuaikan diri.

BACA >>> Hyundai Elantra 2017 – Mampukah Cabar Civic, Mazda3, Altis & Sylphy?

Pilihan kabin hitam tidaklah begitu membosankan apabila Hyundai memilih trim merah pada roda stereng, kerusi dan pelapik kaki. Sayangnya kawalan penyaman udara adalah manual berupa dua tombol untuk tetapan kipas penghembus (blower) dan naik-turun suhu

Skrin TFT 7-inci boleh dihubungkan dengan Apple CarPlay, Andorid Auto dan Bluetooth. Duduk di atas kerusi kulit dan suede memang selesa, dan sesuai untuk sebarang pemanduan jarak jauh.

PRESTASI: Pengendalian Lancar & Bersahaja

Tidak susah menghidupkan enjin, kaki kanan memijak brek, dan tangan pula menekan butang tekan mula (push start). Suara enjin 2.0L MPI berkuasa 149hp dan tork 192Nm terdengar halus. Perjalanan dimulakan dari Shah Alam menuju Banting, Selangor.

Pemanduan pesaing Honda Civic ini cukup selesa dan santai di lebuh raya. Pecutan enjin adalah linear walaupun awal pergerakan berlaku sedikit masalah lengah kuasa. Namun, ketika pedal dianjak sedikit agresif bersedialah mendengar alunan nada enjin yang mengerang hingga menyapa masuk ke dalam kabin.

BACA >>> Honda Civic Type-R Serba Baharu Kini Di Malaysia – Harga RM320K Sahaja!

Paduan kotak gear automatik 6-kelajuan bukanlah satu masalah. Hantaran gear berlaku lancar tanpa sebarang sentakan. Bahagian suspensi menjalankan tugas dengan baik ketika menempuh laluan kampung dengan permukaan jalan tidak rata, berlubang dan beralun. Suspensi yang ditala lembut mampu menyerap cabaran jalan dengan baik, manakala kesan olengan badan dirasakan minimum.

Cuma pengendalian di selekoh masih boleh dipertingkatkan. Selain stereng ringan dan kurang fiil pada tayar, saiz tayar 225/45 dengan rim 17-inci juga kurang memberikan daya cengkaman. Tidak seperti pesaing Jepunnya itu.

Malah, pengendalian Elantra versi turbo jauh lebih baik dengan respons agresif. Cuma versi natural aspirasi (NA) yang sedang dipandu ini agak kurang dinamik (nama pun Executive kan). Apapun, tidak adil jika kita membandingkan Civic dan Elantra walaupun dalam segmen sama. Pastinya pengendalian dan penampilan Civic jauh lebih baik. Sebenarnya ini pun subjektif juga.

SPESIFIKASI

ELANTRA 2.0 EXECUTIVE

ENJIN: Nu 2.0 MPI
SESARAN: 1,999cc
KUASA MAKSIMUM: 149hp @ 6,200rpm
TORK MASKIMUM: 192Nm @ 4,000rpm
TRANSMISI: Automatik 6-kelajuan
CIRI KESELAMATAN: 6 beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), dan lain-lain.
HARGA: RM116,388 (termasuk GST, tanpa insurans)

GALERI
Elantra Executive hyundai Hyundai 2.0 MPI Hyundai Elantra 2017 Dynamic Hyundai Elantra 2017 Executive Hyundai Elantra Turbo Pandu uji Roda4 SIME Darby Auto Connexion (SDAC) Sime Darby Auto Hyundai
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.