Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Jumlah Kenderaan Malaysia Lebih Banyak daripada Penduduk, Setahun Tambah 1 Juta!
Auto Terkini

Pakar: Jumlah Kenderaan Malaysia Lebih Banyak daripada Penduduk, Setahun Tambah 1 Juta!

WahidBy Wahid10/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUMLAH kenderaan di Malaysia disahkan melebihi jumlah penduduk negara ini, menurut pakar keselamatan jalan raya. Berdasarkan data tahun lalu, ada 33.3 juta kenderaan berdaftar seluruh negara berbanding 32.6 juta penduduk. Namun faktanya, bukan setiap penduduk pada semua peringkat umur boleh memandu.

Daripada jumlah itu, 47.3 peratus ialah kereta, 46.6 peratus (motosikal), 4.7 peratus (kenderaan pembawa barang). Selain itu ialah kenderaan jenis bas, teksi, kenderaan sewa dan lain-lain. Jumlah kenderaan dikatakan bertambah hampir sejuta unit setiap tahun bermula 2019. Sebagai perbandingan, pertambahan penduduk hanya sekitar 300,000 hingga 400,000 orang setiap tahun.

Data ini didedahka pakar pengangkutan, Prof Dr Kulanthayan KC Mani dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurutnya, inilah sebab kesesakan lalu lintas dalam negara semakin tenat. Contohnya, kesesakan tinggi bukan saja ketika musim perayaan, tetapi juga hari biasa dan hujung minggu. Ada pengguna mendakwa mengambil masa hingga lapan jam walaupun hanya memandu dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Kesesakan trafik juga bertambah teruk selepas Malaysia berubah kepada fasa endemik pada 1 April tahun ini.

Beliau berkata;

Jumlah kenderaan terlalu tinggi sekarang. Kita akan mengalami kesesakan trafik lebih ‘mengerikan’ jika trend penambahan kenderaan 1,000,000 unit setiap tahun ini berterusan.

“Memang kebiasaan trafik menjadi sesak pada musim perayaan dan waktu puncak, tetapi keadaan bertukar menjadi lebih tenang selepas itu. Namun situasi sekarang tidak menampakkan perubahan. Kita berharap akan reda. Jika tidak, tidak boleh disangkal lagi kesesakan ini berpunca daripada terlalu banyak kenderaan dalam negara.”

Sebab Pertambahan Kenderaan

Menurut Dr Kulanthayan, yang juga Pengerusi agensi bukan kerajaan (NGO) Global Alliance of NGOs for Road Safety, situasi itu ialah kesan daripada pendemik Covid-19 kerana kerajaan Malaysia memperkenalkan skim pengecualian cukai jualan dan servis untuk pembelian kenderaan sebagai sebahagian pekej rangsangan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dan dilanjutkan hingga 30 Jun ini.

Beliau juga berpendapat walaupun skim itu tindakan yang wajar dalam usaha menolong industri automotif negara, ia sebenarnya ‘menggoda’ lebih ramai membeli kenderaan baharu yang tidak diperlukan, ataupun mengambil kesempatan menaik taraf kepada kereta baharu.

Selain itu, pendemik turut menyebabkan ramai kehilangan mata pencarian dan mereka yang terkesan terpaksa membuat lebih satu pekerjaan. Justeru terpaksa memandu ke sana sini setiap hari dalam jangka masa lebih lama. Misalnya pemandu bas dan van sekolah. Ramai kalangan mereka mendapat pekerjaan baharu dan tidak lagi menghantar pelajar ke sekolah, sekali gus membuatkan lebih ramai ibu bapa anak masing-masing ke sekolah.

Begitu juga kesulitan dihadapi pengguna pengangkutan awam, misalnya Transit Aliran Massa (MRT) yang kerap rosak bulan lalu.

Penyelesaian Masalah Trafik

Keputusan Kerajaan membina lebih banyak lebuh raya dan menambah laluan jalan sedia ada sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan trafik. Sebaliknya mengundang lebih ramai pengguna membeli kenderaan persendirian selepas melihat lebih banyak jalan kosong.

Pertambahan laluan akan menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mendadak bagi memasuki jumlah laluan yang berkurangan di depan, sekali gus menjejaskan kelancaran trafik.

Kerajaan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti pengangkutan rel dan perkhidmatan pengangkutan pengantara. Perkhidmatan pengangkutan rel pun lebih selamat.

“Sepatutnya perkhidmatan rel tiada masalan ketepatan masa, dan tidak berdepan masalah trafik, menghilangkan stres berbanding memandu, serta meningkatkan produktiviti. Pengguna perkhidmatan itu juga tidak perlu mencari parkir. Statisktik yang kami kumpul untuk 30 tahun menunjukkan terdapat sangat sedikit kematian melibatkan bas. Contohnya, kemalangan bas hanya 0.04 peratus berbanding jumlah kematian akibat kemalangan trafik tahun lalu.”

Dr Kulanthayan juga berharap lebih ramai majikan dapat membenarkan pekerja bekerja daripada rumah. Ini kerana pekerja yang terperangkap dalam kesesakan trafik akan stres dan lesu yang menjadi punca produktiviti rendah.

Jika bekerja dari rumah suatu solusi yang berjaya ketika pendemik dahulu, kenapa tidak diteruskan saja?” katanya.

SUMBER: NST

Auto Terkini Jumlah Kenderaan Malaysia Kesesakan Trafik Malaysia Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.