Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Orang Awam, Pelancong Boleh Naik Feri Baharu Pulau Pinang 7 Ogos Depan, Percuma Sebulan!
Auto Terkini

Orang Awam, Pelancong Boleh Naik Feri Baharu Pulau Pinang 7 Ogos Depan, Percuma Sebulan!

Han OthmanBy Han Othman12/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WARGA Pulau Pinang dan pelancong boleh menikmati perkhidmatan feri ulang-alik yang lebih canggih dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth secara percuma selama sebulan bermula 7 Ogos depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk menjalankan pelbagai latihan.

Beliau berkata, latihan itu turut melibatkan pengemudi feri dan pada masa sama, Jabatan Laut akan melakukan pentauliahan terhadap keempat-empat feri.

Perkhidmatan feri baharu ini akan mula beroperasi pada 7 Ogos dari 6 pagi hingga 8.30 malam, manakala kekerapan pada waktu kemuncak adalah setiap 30 minit dan masa diambil untuk perjalanan sehala 10 minit.

“Apabila mula beroperasi pada 7 Ogos nanti, semua penumpang termasuk bukan warganegara boleh menikmati perkhidmatan feri ini secara percuma selama sebulan,” katanya.

Loke berkata, dari segi kapasiti, feri itu mampu memuatkan 150 penumpang pejalan kaki dan 50 penumpang bermotosikal dan berbasikal pada satu-satu masa.

Menurutnya, tiga feri akan beroperasi setiap hari dan sebuah lagi diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. Feri itu dibangunkan dengan konsep baharu dan dilengkapi ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV).

Mengenai kadar tambang perkhidmatan itu, Loke memaklumkan akan diumumkan kemudian selepas mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kadar tambang yang akan ditetapkan kelak adalah berpatutan.

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Feri Pulau Pinang Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Tambang Feri Percuma Ogos 2023
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Hyundai Boulder Concept, Lagi SUV Berkotak, Mahu Lawan Ford Bronco?

02/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

01/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

01/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

By Syafie27/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.