• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ops Luxury 2025: JPJ Sita 101 Kenderaan Mewah Tiada Cukai Jalan, Insurans Sah!

Ops Luxury 2025: JPJ Sita 101 Kenderaan Mewah Tiada Cukai Jalan, Insurans Sah!

June 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Kereta mewah disita Ops Luxury JPJ
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan mewah yang melanggar undang-undang jalan raya dengan menyita 101 unit kenderaan dalam Ops Luxury, Selasa lalu.

Antara model kenderaan disita ialah Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayenne, BMW 530e, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Vellfire dan Mercedes-Benz.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli

Pemeriksaan dilakukan Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli sendiri di Depoh Sita JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara Kesalahan Dikesan

Ops Luxury dilancarkan untuk memperkukuh penguatkuasaan terhadap penggunaan kenderaan mewah yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Antara kesalahan paling kerap dikesan seperti:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh
  • Tiada perlindungan insurans sah
  • Lesen memandu luput atau tidak sah
  • Penggunaan nombor pendaftaran tidak sah
  • Nombor casis tidak sepadan maklumat sistem
  • Penggunaan plat perdagangan (trade plate) palsu

Kenderaan Mewah Bukan Tiket Kebal Undang-Undang

Kereta mewah disita Ops Luxury
Kereta mewah disita Ops Luxury JPJ

Aedy Fadly berkata, Ops Luxury menghantar mesej jelas JPJ tidak akan berkompromi walaupun melibatkan pemilik kenderaan mewah.

Pemilikan kenderaan mewah bukan lesen mengabaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya. Semua pihak tertakluk kepada undang-undang yang sama."

Beliau juga menasihati semua pihak supaya memastikan dokumen kenderaan dan lesen memandu sentiasa diperbaharui sebelum memandu di jalan raya.

Ops Luxury Dilaksanakan Secara Bersepadu

Kereta mewah disita Ops Luxury

Ops Luxury adalah tindakan bersepadu seluruh negara dan dijangka diteruskan semasa ke semasa bagi menyokong trend pemilikan kenderaan mewah tidak berdaftar secara sah atau mengelak cukai jalan.

Pengajaran Buat Semua Pemilik Kenderaan

Ops Luxury bukan hanya mensasarkan golongan elit, tetapi berfungsi sebagai peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pematuhan undang-undang jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

JPJ turut menegaskan sebarang cubaan menggunakan plat perdagangan palsu atau menukar nombor pendaftaran secara haram akan dikenakan tindakan undang-undang tegas.

SUMBER: FB JPJ

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Malaysia, Ops Luxury, Ops Luxury JPJ 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev