NKS Distributors memperkenalkan sistem komunikasi interkom baharu jenama Asmax berteknologi tinggi untuk dipasang pada topi keledar penunggang motosikal ke pasaran tempatan.
Ada empat model intercome Asmax diperkenalkan semalam iaitu varian asas S2 diikuti Z1 Plus, F1 Plus dan versi perdana F1 Pro. Berikut ialah perinciannya:
APA ANDA PERLU TAHU
- Asmax ialah jenama interkom paling pantas berkembang di China.
- Menawarkan sistem komunikasi berasakan Bluetooth dengan peralihan sambungan 5G dengan IoT (akan datang ke Malaysia).
- menggunakan sambungan Bluetooth dan sesuai untuk ketersambungan telefon 2G hingga 5G.
- Ada fungsi Mesh intercom dengan kawalan pintar (Smart Mesh Control - SMC) yang menyokong peralihan sambungan antara Mesh dengan 5G.
- Jarak Mesh interkom ialah 3 hingga 15km
- Pengurangan bunyi pintar ENC menapis bunyi ekzos, angin dan menambah baik kualiti bunyi interkom pada kelajuan tunggangan 160kmj.
- Cip Asmax dikuasakan protokol terkini Bluetooth 5.4 dan 5.3
- Kualiti bunyi hasil talaan studio Bongiovi Acoustic Labs di Amerika Syarikat.
- Arahan kawalan suara pintar yang didakwa memiliki kadar pengecaman dan pemahaman sehingga 90 peratus.
- Sambungan magnetik pada topi keledar dan aplikasi Asmax App boleh dikustom.
- Masa mencegas 10 minit untuk komunikasi 3 jam tanpa henti. Masa mengecas penuh cuma 50 minit.
- Bersaiz kompak dan lebih ringan berbanding pesaing sedia dalam pasaran.
- Sambungan interkom Mesh membabitkan antara 8 hingg 16 penunggang dan boleh ditingkatkan tidak lama lagi.
HARGA
- S2: RM399
- Z1 Plus: RM699
- F1 Plus: RM799
- F1 Pro: RM899
Leave a Reply