• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Patrol Nismo 2025 Lancar untuk Pasaran Timur Tengah dengan Enjin 3.5L V6 Turbo Kembar

Nissan Patrol Nismo 2025 Lancar untuk Pasaran Timur Tengah dengan Enjin 3.5L V6 Turbo Kembar

June 25, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Nissan Patrol Nismo 2025
WARISAN Nismo untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Patrol diteruskan melalui pelancaran rasmi Nissan Patrol Nismo 2025 serba baharu dalam acara khas di Timur Tengah.

SUV prestasi tinggi itu dibangunkan sepenuhnya berasaskan maklum balas pelanggan rantau tersebut dan disesuaikan mengikut cita rasa pemanduan serta jangkaan prestasi pengguna di rantau itu. Nissan turut memperkenalkan versi kembar iaitu Armada Nismo untuk pelanggan di Amerika Syarikat (AS).

Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025

Nismo adalah singkatan kepada Nissan Motorsports yang melambangkan puncak kejuruteraan dan inovasi prestasi Nissan.

Nissan Patrol Nismo 2025 serba baharu menggabungkan keteguhan SUV dengan kehalusan kejuruteraan diilhamkan litar lumba, dan dibangunkan pasukan jurutera khas yang berpengalaman dalam pembangunan model prestasi tinggi.

Talaan Eksklusif untuk Prestasi Terunggul

Nissan Patrol Nismo 2025

Nissan Patrol Nismo 2025 dilengkapi enjin V6 twin-turbo VR35DDTT dengan talaan eksklusif untuk rantau Timur Tengah. Model tersebut bukan saja paling berkuasa dalam barisan Patrol, tetapi juga paling berprestasi bagi enjin tersebut di dunia.

Beberapa ciri penting:

  • Output kuasa maksimum 495hp @ 5,600rpm, dan tork 700Nm @ 3,600rpm serta dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan dengan pedal syif.
  • Enjin dikeluarkan dari Kilang Iwaki, Jepun.
  • Sistem ekzos Nismo memberikan deruman bunyi lantang dan bergetar yang disokong sistem Peningkatan Bunyi Aktif (ASE).
  • Bampar baharu menyalurkan udara sejuk ke brek, dan menurunkan suhu cakera sebanyak 6 peratus.
  • Difuser udara belakang meningkatkan kestabilan dan pengendalian kelajuan tinggi.

Rekabentuk Luaran Ilham Aerodinamik Litar

Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025

Bahagian luaran Nissan Patrol Nismo 2025 menampilkan perubahan besar dari segi aerodinamik dan gaya agresif:

  • Gril V-Motion tiga dimensi (3D) dengan corak sarang lebah untuk penyejukan radiator lebih baik.
  • Tirai udara sisi bampar depan berfungsi mengurangkan daya angkat dan meningkatkan daya tekan ke bawah.
  • Spoiler belakang lebih panjang mengalihkan titik pemisahan udara untuk cengkaman lebih baik.
  • Spliter udara belakang, penyebar udara berlapis dan bukaan udara sisi menyumbang kepada daya mendap belakang.
  • Aksen merah Nismo dan lampu kabus belakang gaya Formula E

Pilihan warna:

  • White Pearl (putih)
  • Gray Metallic (kelabu)
  • Blue Metallic (biru)
  • Black Pearl (hitam)
  • Stealth Gray (kelabu eksklusif Nismo)
  • Semua warna tersedia dalam konfigurasi monoton atau dwi-tona (bumbung hitam)

Kabin Eksklusif, Sporty dan Fungsional

Nissan Patrol Nismo 2025

Rekaan dalaman Nissan Patrol Nismo 2025 dipadankan tema prestasi seperti:

  • Warna kabin hitam-merah dengan jahitan kontras
  • Kombinasi material kulit asli, fabrik sued lembut, dan logam potongan tepat
  • Kerusi sport dengan corak sarang lebah
  • Logo Nismo dijahit pada perehat kepala
  • Tali keledar merah
  • Butang penghidup merah, kemasan karbon tiruan, dan pedal aluminium

Pengendalian Ditala Khas, Fokus kepada Kawalan dan Keyakinan

Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025

Nissan Patrol Nismo 2025 menawarkan pengalaman pemanduan lebih tajam hasil talaan khas:

  • Suspensi E-Damper talaan Nismo berfungsi melaras redaman secara automatik pada masa nyata.
  • Stereng kuasa elektronik talaan khas adalah lebih ringan di bandar, lebih jitu di lebuh raya.
  • Rim aloi tempa 22-inci hasil kerjasama dengan RAYS dalam rekaan 9 jejari eksklusif Nismo. Rim itu lebih ringan 23 peratus berbanding rim asas, dan ketegaran sisi serta penyejukan brek lebih baik
  • Tayar prestasi tinggi menyokong kawalan selekoh maksimum
  • Sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) digabungkan dengan talaan suspensi untuk kestabilan maksimum

Ditawarkan Bersama Barisan Patrol Lain

Nissan Patrol Nismo 2025 akan ditawarkan bersama model Patrol lain di Timur Tengah, sepertii:

  • Nissan Patrol (ikonik)
  • Nissan Patrol Pro-4X (orientasi gaya hidup lasak)
  • Nissan Patrol Nismo (imlahm litar lumba)

SUV tersebut akan mula dijual bermula Julai 2025 melalui rangkaian pengedar rasmi Nissan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan seluruh Timur Tengah.

Spesifikasi Utama Nissan Patrol Nismo 2025

Dimensi

Nissan Patrol Nismo 2025

  • Nissan Patrol Nismo 2025 memiliki dimensi panjang 5,295mm (+90mm daripada Patrol biasa), lebar 2,070mm (+40 mm), dan tinggi 1,945mm, manakala jarak roda 3,075mm
  • Jarak jejak depan dab belakang: 1,730mm
  • Sudut kelegaan depan, tengah, belakang : 23°, 26°, 25.5°
  • Jarak tinggi bumi: 195mm
  • Saiz tayar: 275R22/50R22

Berat dan Kapasiti

Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
  • Berat bersih 2,817kg
  • Kapasiti tempat duduk 8 orang

Enjin dan Prestasi

Nissan Patrol Nismo 2025

  • Jenis enjin VR35DDTT 3,492cc V6 twin-turbo
  • Output kuasa 495hp @ 5,60 rpm, dan tork 700Nm @ 3,600rpm, manakala transmisi automatik 9-kelajuan dengan pedal syif
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025
Nissan Patrol Nismo 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nismo, Nissan, Nissan Armada, Nissan Patrol, Nissan Patrol NISMO, Nissan Patrol NISMO 2025, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev