Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Note Autech Crossover 2024 Terima Kemas Kini Ringkas dengan Gaya SUV
Roda4

Nissan Note Autech Crossover 2024 Terima Kemas Kini Ringkas dengan Gaya SUV

Abang HirataBy Abang Hirata12/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH jadi amalan sesetengah pengeluar menawarkan model sedia ada di pasaran dengan jarak tinggi bumi lebih tinggi daripada biasa. Bukan saja pengeluar kebanyakan, penawaran sebegitu juga dibuat jenama prestasi seperti Lamborghini dan Porsche.

Jika tidak tinggi pun, pengeluar menawarkan model biasa dengan gaya lasak atau crossover seperti Proton Iriz Active.

Nissan menawarkan pelanggan model Note Autech Crossover, atau Note versi ditinggikan.

Bukan hanya ditinggikan, tetapi model ini juga dilengkapi komponen Autech bagi menyerlahkan penampilan. Badan Note Autech Crossover kini 25mm lebih tinggi daripada biasa dan bukan hanya untuk gaya, tetapi membantu penglihatan dan pengendalian pemandu di laluan mencabar dan bersalji.

Berikut ciri dan spesifikasi Note Autech Crossover 2024:

  • Tidak hanya lebih tinggi, suspensi dan stereng juga mendapat talaan khas.
  • Bahagian luar menerima rupa baharu selari profil sebagai Note versi dipertingkat pada Disember 2023.
  • Bahagian bawah bampar dipasang pelindung baharu dan rel bumbung perak yang menampakkan model ini seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) mini.
  • Corak lampu LED diilhamkan daripada laut Chigasaki, Shonan yang menjadi lokasi jenama Autech diasaskan. Lampu ini membawa corak ombak di belakang bot yang digunakan sebagai identiti rekabentuk Autech masa depan.
  • Ruang kabin sama seperti Note Crossover dengan laci papan pemuka bahagian penumpang ada ruang lebih besar dan ruang simpanan dibahagikan antara aras atas dan aras bawah.
  • Dijana trenkuasa HR12DE 1.2L berkuasa 79hp (82ps) @ 6,000rpm dan tork 103Nm @ 4,800rpm dengan teknologi e-POWER, iaitu enjin berfungsi sebagai generator dan bukan menggerakkan roda.
  • Motor elektrik EM47 memiliki kuasa 85kW (116ps) @ 2,900rpm-10,341rpm, dan tork 280Nm @ 0rpm-2,900rpm.
  • Varian pacuan empat roda (4WD) mempunyai motor tambahan EM48 berkuasa 50kW (68ps) @ 4,775rpm-10,024rpm dan tork 100Nm @ 0-4,775rpm.

Varian, Harga Nissan Note Autech Crossover 2024

  • X 2WD: 2,756,600 yen (RM82,510)
  • X FOUR: 3,063,500 yen (RM91,705)

Ciri Nissan Note Autech Crossover 2024

  • Kit badan dan lencana Autech.
  • Lampu LED signatur.
  • Lampu kabus LED.
  • Cermin sisi perak.
  • Suspensi talaan khas.
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) sensitif kelajuan talaan khas.
  • Kerusi kulit sintetik (leatherrette) hitam dengan sulaman biru dan logo Autech Crossover.
  • Lencana Autech pada konsol tengah.
  • Monitor Pandangan Keliling Pintar (IAVM), Cermin Dalaman Pintar.
  • Titik Buta Pintar (BSI), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Perehat lengan tengah di kerusi penumpang belakang dengan dua pemegang cawan.
Autech Nissan Nissan Note Nissan Note Autech Crossover Nissan Note Autech Crossover 2024 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota bZ4X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM220,000!

    02/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.