Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nichols Cars N1A – Kereta Sport dengan Enjin 7.0L V8 Berkuasa 650hp Sentuhan Otai F1!
Roda4

Nichols Cars N1A – Kereta Sport dengan Enjin 7.0L V8 Berkuasa 650hp Sentuhan Otai F1!

Abang HirataBy Abang Hirata30/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NICHOLS Cars mendedahkan N1A, iaitu model yang diilhamkan daripada jentera lumba Can-Am dan McLaren M1A.

Di sebalik N1A, terkandung individu dan projek hebat. Nichols Cars ditubuhkan pada 2017 daripada Steve Nichols dan John Minett selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan kedua mereka mahu menghasilkan sebuah jentera pelumba tulen.

Steve Nichols dan John Minett (kanan).

Siapa Nichols? Beliau ialah nama besar dalam sukan permotoran, terutama Formula Satu (F1) dan pernah berkhidmat bersama McLaren pada lewat 1980-an dan awal 1990-an.

Beliau adalah individu yang bertanggungkawab memperkenalkan penggunaan gentian karbon dalam F1 yang kini menjadi bahan biasa dalam jentera lumba kejuaraan itu.

Latar Belakang Ringkas Steve Nichols

  • Dilantik sebagai ketua pereka McLaren pada 1987.
  • Merekabentuk jentera lumba MP/3 yang digunakan Alain Prost untuk meraih tiga kemenangan bagi membantu pasukannya menduduki tempat kedua kategori pengilang di belakang Williams.
  • Jentera kedua yang menerima sentuhan beliau ialah McLaren MP4/4. Ketika itu, Aryton Senna dan Alain Prost sedang bersaing hebat.
  • McLaren MP4/4 membantu Senna menang buat kali pertama daripada tiga kejuaraan kategori pelumba. Senna menang 15 daripada 16 perlumbaan musim 1988 dan MP4/4 menjadi antara jentera F1 paling dominan dalam sejarah kejuaraan itu.
  • Nichols kemudian menyertai Ferrari, Jaguar, Jordan dan Sauber sebelum kembali berkhidmat bersama McLaren ketika Mika Häkkinen menjadi pelumba pasukan itu pada penghujung 1990-an.
Nichols Cars N1A

Diilhamkan daripada McLaren M1A, panel badan N1A menggunakan gentian karbon infusi grafena gred F1 dengan berat hanya 551kg dan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight) menggagumkan.

Model selepas itu, M1B dan M1C digunakan dalam siri perlumbaan Can-Am Amerika Utara yang turut mempengaruhi rekaan N1A. Pengaruh MP4/4 juga dapat ditemui dalam N1A.

Bahan gentian karbon infusi grafena yang digunakan membantu membentuk ketegaran kereta dan menyumbang kepada berat rendah.

Nisbah kuasa kepada berat hampir 700hp per tan (bergantung spesifikasi) membolehkan pemandu merasai pengalaman perlumbaan Can-Am. N1A juga boleh dipesan dalam pelbagai liveri mengikut permintaan pelanggan.

Bagi memastikan N1A mempunyai ciri aerodinamik terbaik, kereta itu dibentuk dalam terowong angin MIRA. Antara kerja pembangunan mencabar adalah mengekalkan rekabentuk dimahukan dan pada masa sama meningkatkan seretan serta daya mendap (downforce).

Bahagian dalaman N1A tampil ringkas ala jentera lumba yang tampil berseni. Ruang kabin ringkas, tetapi mewah dengan balutan kulit dan fabrik gred tinggi serta komponen aluminium yang dibuat daripada bilet padu.

Tombol gear N1A diilhamkan daripada tombol gear Senna, manakala posisi kerusi sama seperti MP4/4 yang membolehkan pemandu merasai pengalaman seperti Senna dan Prost.

Fungsi kawalan traksi menjadi ciri standard, manakala stereng berkuasa dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) boleh dinyah aktif sebagai opsyen pembelian.

Nadi N1A ialah enjin 7.0L V8 buatan aloi yang dibangunkan Nichols Cars sendiri. Silinder LS3 dari General Motors digerek untuk pelapik keluli (steel liner) baharu dan dipasang omboh dan rod penyambung buatan khas.

Badan terotel elektronik drive-by-wire diletakkan atas sistem takungan kering., dan hasil diperoleh ialah 650hp atau bersamaan hampir 700hp per tan.

Enjin N1A dipasangkan dengan tangan daripada pakar di Langford Performance Engineering (LPE), iaitu syarikat yang diterajui individu terkenal, Richard Langford. Beliau antara orang penting di sebalik pembangunan enjin Cosworth DFV yang digunakan jentera F1 era 1970-an.

Enjin itu dipadankan pilihan transmisi yang dibekalkan Dana Graziano dengan transmisi manual 6-kelajuan sebagai ciri standard.

Dari segi pengendalian, N1A menggunakan sistem suspensi double wishbone dan bar antioleng sebagai ciri standard dengan tayar profil rendah Michelin Pilot Sport Cup 2 bersaiz 19 inci di depan dan 20 inci (belakang).

Nichols Cars N1A ini dibuat 100 unit sahaja dan daripada jumlah itu, 15 unit terawal dikhaskan sebagai edisi pelancaran dan versi paling istimewa sempena tribut kemenangan McLaren MP4/4.

Nichols Cars N1A
Steve Nichols dan John Minett
Steve Nichols dan John Minett
Formula Satu (F1) John Minett Langford Performance Engineering (LPE) Nichols Cars Nichols Cars N1A Richard Langford Roda4 Steve Nichols
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.