• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naza Auto Jajar Semula Perniagaan, Fokus Perkukuh Jenama Suzuki

Naza Auto Jajar Semula Perniagaan, Fokus Perkukuh Jenama Suzuki

April 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


NAZA Automotive Group (Naza Auto) sedang melaksanakan penjajaran semula perniagaan sebagai sebahagian inisiatif transformasi menyeluruh.

Langkah itu memberi penekanan semula kepada jenama automotif teras dan bertujuan meningkatkan kecekapan operasi, daya tahan kewangan dan keupayaan bersaing dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Rizal Jailan berkata, strategi itu akan memacu keuntungan dan kecairan secara ketara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Naza Auto akan menumpukan perhatian kepada segmen berimpak tinggi, sambil mengurangkan kebergantungan terhadap perniagaan gaya hidup dan niche yang tidak lagi sejajar dengan matlamat kumpulan.

Bagi menyokong langkah tersebut, analisis menyeluruh terhadap setiap jenama dalam portfolio sedang dijalankan. Naza Auto menetapkan sasaran pulangan atas ekuiti (ROE) sebanyak 20 peratus untuk perniagaan pengedaran dan 8 peratus untuk perniagaan runcit khusus.

Selain itu, penambahbaikan dalam kawalan dalaman, pelaporan kewangan, dan audit pematuhan turut dilaksanakan bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan pihak berkepentingan.

Antara fokus utama adalah memperkukuh jenama seperti Suzuki di Malaysia dengan rangkaian pengedar dijangka meningkat lebih 100 peratus dalam tiga tahun, selaras pertumbuhan jualan tahunan.

Naza Auto turut menumpukan kepada pengalaman pelanggan lebih baik sebagai pemacu prestasi jualan. Pada masa sama, syarikat akan meneroka peluang baharu seperti dalam bidang mobiliti elektrik dan peluasan serantau.

Pembukaan operasi di pasaran Asean dijangka berlaku tahun ini dengan tumpuan kepada jenama sedia ada. Dengan hala tuju jelas, Naza Auto yakin dapat menerajui fasa pertumbuhan seterusnya dalam industri automotif Malaysia.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Naza Auto, NAZA Automotive Group, Suzuki, Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev