DENZA D9 2025 kini memasuki fasa akhir ketersediaan di Malaysia, dengan unit terhad masih ditawarkan di seluruh negara berikutan permintaan berterusan terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik mewah itu.
Denza Malaysia mengesahkan peralihan kepada model 2026 bakal menyaksikan pelarasan harga sekitar 15 peratus, selari penamatan pengecualian cukai dan duti import bagi kenderaan elektrik import penuh (CBU).
Harga Denza D9 2025 vs Anggaran Harga 2026
Buat masa ini, pelanggan masih boleh memiliki Denza D9 2025 pada harga cadangan semasa:
- Denza D9 Advanced (FWD) – RM259,000
- Denza D9 Premium (AWD) – RM309,000
Bagi model 2026 pula, harga anggaran dijangka bermula:
- D9 Advanced (FWD) – sekitar RM299,000
- D9 Premium (AWD) – sekitar RM355,000
Perbezaan harga itu menjadikan stok Denza D9 2025 sebagai pilihan paling bernilai sebelum pelarasan harga berkuat kuasa.
Insentif Pemilikan Bernilai hingga RM15,000
Sempena sambutan ulang tahun Denza Malaysia, pembelian unit 2025 turut disertakan dengan faedah pemilikan tambahan:
- Sehingga RM10,000 (varian FWD)
- Sehingga RM15,000 (varian AWD)
Tertakluk terma dan syarat serta ketersediaan stok.
Pakej Pemilikan EV Premium – Lengkap, Praktikal
Sebagai MPV elektrik mewah nombor satu di Malaysia, Denza D9 terus menonjol melalui pakej pemilikan komprehensif, seperti:
- Pengecas dinding (wIallbox) 22kW PERCUMA dengan pemasangan profesional (bernilai sehingga RM6,000)
- Servis percuma enam [6] tahun atau 120,000km (bernilai sehingga RM5,000)
- Waranti kenderaan enam [6] tahun
Pendekatan itu memudahkan peralihan kepada mobiliti elektrik tanpa kebimbangan kos awal.
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Alami Denza D9 Secara Langsung
Kepada pelanggan yang mahu merasai sendiri pengalaman Denza D9, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Denza akan diadakan pada:
Tarikh dan Masa
- 31 Januari 2026 | 10 pagi – 5 petang
- 1 Februari 2026 (eksklusif di Denza KL Utara)
Lokasi
- Balakong
- Glenmarie
- KLCC
- Melaka
- Jalan Klang Lama
- Pulau Pinang
- Skudai
- KL Utara (1 Februari sahaja)
Pengunjung boleh melakukan pandu uji, mendapatkan penerangan produk secara terus dan menikmati suasana bilik pameran premium dengan aktiviti perayaan khas.
MPV Elektrik Pilihan Keluarga, Eksekutif
Sejak dilancarkan, Denza D9 terus menjadi pilihan utama keluarga dan pengguna korporat yang mahukan keselesaan kelas perniagaan, teknologi pintar dan pengalaman pemanduan elektrik yang matang.
Dengan stok 2025 semakin terhad dan harga 2026 dijangka meningkat, inilah masa paling sesuai untuk memiliki Denza D9 pada nilai terbaik.












