DRB-HICOM Berhad dalam satu kenyataan mengesahkan Modenas bakal bekerjasama dengan syarikat pengeluar motosikal dari India, Bajaj Auto Ltd (BAL)

Menurut DRB-HICOM, beberapa model Bajaj turut akan diperkenalkan oleh Modenas secara berperingkat.

Menerusi kerjasama itu, ia akan dimulakan secara berperingkat merangkumi pengedaran dan pemindahan teknologi menerusi pembangunan hab pemasangan khusus di kilang Modenas di Gurun, Kedah.

Modenas dan BAL juga merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa menggunakan jenama Modenas di pasaran tempatan dan negara ASEAN lain.

2 MODEL REBADGE

Sebelum ini, kami ada melaporkan Modenas bakal memperkenalkan dua model rebadge iaitu Bajaj Pulsar NS200 dan Bajaj Pulsar RS200.

Kedua-dua model ini dijangka bakal menembusi pasaran tempatan pertengahan Mei hadapan.

Berdasarkan hasil risikan kami, harga kedua-dua model tersebut jauh lebih murah berbanding pesaing terdekatnya, KTM 200 Duke  yang dijual pada RM16,000.

Dijangkakan harga model Bajaj Pulsar NS200 akan dijual sekitar RM9,100 seunit manakala Bajaj Pulsar RS200 pula kira-kira RM10,200 seunit.

BACA >>> Modenas Bakal Lancar 2 Model Rebadge Bajaj – Harga Bermula RM9,100?

BACA >>> Modenas Kembali ‘Ganas’, Lancar 3 Skuter – Modenas Karisma, Elegan & Kymco Downtown

BACA >>> Modenas TTR 200 – Model Berkonsepkan Cafe Racer

SPESIFIKASI

BAJAJ PULSAR NS200

ENJIN 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
SESARAN 199.5cc
KUASA MAX 23.5PS @ 9, 500rpm
TORK MAX 18.3Nm @ 8,000rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
SAIZ TANGKI 12L
BERAT 152kg
KELAJUAN MAX 136kmj
DIMENSI PxLxT 2,017mm x 804mm x 1,075mm
JARAK RODA 1, 363mm
KELEGAAN TANAH 167mm
SUSPENSI Teleskopik (depan) / Penyerap hentak mono (belakang)
BREK Cakera 280mm (depan) / Cakera 230mm
TAYAR 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

BAJAJ PULSAR RS200

ENJIN 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
SESARAN 199.5cc
KUASA MAX 24.5PS @ 9, 750rpm
TORK MAX 18.6Nm @ 8,000rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
SAIZ TANGKI 13L
BERAT 165kg
KELAJUAN MAX 140.8kmj
DIMENSI PxLxT 1, 999mm x 765mm x 1,114mm
JARAK RODA 1, 355mm
KELEGAAN TANAH 157mm
SUSPENSI Teleskopik (depan)/ Penyerap hentak mono (belakang)
BREK cakera 300mm (depan) / cakera 230mm (belakang)
RODA 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

GALERI BAJAJ PULSAR NS200

GALERI BAJAJ PULSAR RS200

3 Comments

Leave A Reply

Exit mobile version