Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Eksport Kawasaki Ninja ZX-6R, 280 Unit Sudah Dikirim ke China
Auto Terkini

Modenas Eksport Kawasaki Ninja ZX-6R, 280 Unit Sudah Dikirim ke China

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODENAS semalam membuat penghantaran 112 unit supersport Kawasaki Ninja ZX6-R ke China, iaitu kiriman ketiga untuk tahun ini.

Aktiviti eksport Ninja ZX-6R ke Kawasaki Motor Shanghai (KMSH) itu bermula Mac lalu melibatkan 28 unit untuk penghantaran pertama sebelum disusuli 140 unit awal bulan ini.

Seperkara perlu kita ketahui, Malaysia ialah negara pertama Asean dan kedua dunia selepas Brazil (luar Jepun) yang menjadi hab pemasangan Ninja ZX-6R.

Majlis perlancaran penghantaran disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan di kilang Modenas di Gurun, Kedah sambil disaksikan tetamu jemputan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Komponen Ninja ZX-6R diterima dari Jepun yang menandakan spesifikasi adalah sama seperti model di Negara Matahari Terbit itu. Sasaran eksport ke China dijangka 1,000 unit dan jumlah akan bertambah bermula tahun depan.

Apabila ditanya perancangan Modenas untuk mengeksport ZX-6R ke negara Asean, Roslan berkata;

Buat masa ini, belum lagi. Ini kerana kami ada kemampuan (penghasilan unit dan kepakaran), tetapi belum ada kelulusan lagi.

“Kelulusan ini sudah tentu dari Kawasaki (Jepun) kerana mereka juga menjalankan sejumlah bisnes (termasuk pemasangan di sesebuah negara) dan mereka mahu melihat setiap negara (di mana mereka beroperasi) ada kelebihan pada produk masing-masing dan keupayaan.

“Berdasarkan itu, mereka akan tentukan negara apa yang hasilkan model apa dan harus mengeksport model apa.

“Untuk model ZX-6R, kapasiti pengeluaran di Gurun ialah 2,000 unit setahun dalam satu syif. Jumlah itu boleh dipertingkat dengan kerja lebih masa (OT) dan sekiranya tempahan diterima tinggi, kami boleh jalankan pengeluaran dua syif kerja.”

Mungkin ramai belum tahu, Modenas juga sudah mengeksport beberapa model pemasangan tempatan (CKD) ke Thailand dan Timur Tengah seperti:

  • Thailand: Pulsar NS200, Pulsar NS160, Dominar D250, Pulsar RS200 dan Dominar D400.
  • Timur Tengah: Kawasaki Z250, Ninja 250, ZX-25RR, Versys-X, KX250 dan ZX-25R.
Auto Terkini Kawasaki Motor Shanghai (KMSH) Kawasaki Ninja ZX6-R Modenas roda2 Roslan Roskan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.