Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mobilize Duo dan Bento 2025, Pengganti Renault Twizy, Tak Sampai RM50 Ribu
Auto Terkini

Mobilize Duo dan Bento 2025, Pengganti Renault Twizy, Tak Sampai RM50 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata22/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TAHUKAH anda? Renault Twizy merupakan di antara kenderaan elektrik (EV) terawal yang dipasarkan di dalam negara.

Twizy yang hanya mempunyai dua tempat duduk dan dipanggil quadricycle dilancar pada 20 Ogos 2015 dan dijual pada harga RM71,888 untuk varian Urban dan RM73,888 bagi varian Cargo.

Dibekalkan bateri 6.1 kilowatt (kW), Twizy boleh dipandu sehingga 100 kilometer (km) dan kelajuan maksimum 80 kilometer sejam (km/j). Output yang dihasilkan ialah 17 kuasa kuda (hp) dan 57Nm.

Dikeluarkan pada 2012, Twizy kini mempunyai pengganti iaitu Mobilize Duo dan Bento. Mobilize merupakan jenama di bawah Kumpulan Renault yang mengkhususkan pada trend mobiliti baharu.

Duo dan Bento disasarkan kepada pelanggan biasa dan perniagaan. Menariknya, Duo 45 Neo boleh dipandu di beberapa negara termasuk Perancis pada umur 14 tahun hanya dengan lesen AM (Autorisation de Conduire des Motos légères/Kebenaran Memandu Motosikal Ringan).

Bento sebagai kenderaan utiliti dan van mikro pula memerlukan lesen memandu A1/B1 dan dilengkapi kotak kargo dengan kapasiti 649 liter.

Dari segi saiz, masing-masing berukuran panjang 2.43 dan 2.54 meter. Saiznya yang kecil memudahkan untuk diparkir.

Kerusi Duo dan Bento berada di tengah dan dilengkapi beg udara untuk pemandu sebagai ciri standard dan pertama untuk segment quadricycle.

Sebagai EV, kedua-duanya memiliki jarak pemanduan lebih jauh daripada Twizy iaitu 161 km untuk Duo dan 149 km bagi Bento.

Rekabentuk Duo dan Bento unik dengan cermin yang mendominasi dan bukaan pintu ke depan. Ibarat kapsul angkasa lepas!

Dari segi binaan, quadricyle ini menggunakan lebih 40 peratus bahan kitar semula dan 95 peratus daripada kenderaan boleh dikitar semula.

Selari dengan perkembangan semasa, Duo dan Bento mempunyai aplikasi MyDuo dan boleh menjana sehingga enam kunci digital dan pertama untuk kenderaan Kumpulan Renault.

Mungkin ada yang tertanya adakah Duo sama seperti Twizy tanpa penyaman udara? Secara asasnya tiada dan ditawarkan sebagai pilihan. Cermin besar dengan pemanas, pemegang telefon dan soket USB-C didatangkan sebagai ciri standard.

Ciri-ciri Mobilise Duo

  • Direka untuk bandar.
  • 2.43 meter panjang, 1.3 meter lebar.
  • Radius putaran 6.8 meter.
  • Motor elektrik 48V diambil dari rangkaian kuasa hibrid ringan Renault Austral.
  • Bateri NMC 10.3 kWj (kapasiti boleh guna).
  • Jarak pemanduan sehingga 161 km (WMTC), 149 km untuk Bento.
  • Tenaga dipulihkan/dijana apabila pemandu melepaskan pedal.
  • Plag standard pada bonet depan untuk pengecasan domestik atau pilihan plag Type 2 bagi pengecasan di luar.
  • Pengecasan domestik selama sejam membekalkan tenaga elektrik untuk pemanduan 25 km.
  • Pengecasan 20 sehingga 80 peratus untuk tenaga sehingga 120 km mengambil masa 3 jam 50 minit menggunakan soket domestik dan 3 jam 25 minit melalui soket Type 2.
  • Komponen badan utama (bampar, fender, gerbang roda) mengandungi 60% polimer kitar semula.
  • Kereta boleh dikitar semula sekurang-kurangnya 95%.
  • Pengurangan kos pengeluaran dan pembaikan semasa penggunaan; panel alang, bampar depan dan belakang yang sama.
  • Beg udara untuk pemandu, tali pinggang keledar dengan penghad daya (depan).
  • Cermin besar dengan fungsi pemanas.
  • Kerusi dengan pemanas (standard pada Duo Evo 80).
  • Penyaman udara manual (pilihan).
  • Kerusi balutan fabrik TEP yang boleh dicuci menggunakan span atau aliran air. Lubang dengan palam di bawah pedal untuk laluan air keluar.
  • Duo 45 Neo – kelajuan maksimum 45 km/j, umur 14 tahun dengan lesen AM (negara tertentu).
  • Duo 80 Evo – kelajuan maksimum 80 km/j, jarak pemanduan 160 km, direka untuk pengguna yang mempunyai lesen memandu.
  • Duo 80 Pro – untuk kegunaan perniagaan, pengendali perkongsian kenderaan.
  • Bento 80 – direka untuk penyedia khidmat setempat dan golongan bekerja sendiri, panjang 2.54 meter, kotak kargo 649 liter, kapasiti muatan hampir 1m³. Jarak pemanduan sehingga 149 km
  • Duo – bermula daripada €9,990 (RM46,695), sebelum penolakan bonus-eco berjumlah €900 (RM4,207).
  • Bento – bermula daripada €10,000 (RM46,745), tidak termasuk cukai. Satu-satunya quadricyle elektrik yang diperakui sebagai kenderaan perdagangan dan layak untuk pemulangan VAT di Perancis.

Mobilize Duo dan Bento 2025:

Mobilize Duo 2025:

Mobilize Bento 2025:

Mobilize Mobilize Bento Mobilize Duo Renault
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.