
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan Mitsubishi Xforce 2026 menerusi satu majlis pra-pelancaran, dengan harga bermula RM110,000, sekali gus menandakan kemasukan rasmi SUV segmen-B ini ke pasaran tempatan.
Model ini ditawarkan dengan dua varian iaitu Urban dan Ultimate, kedua-duanya menggunakan rangkaian kuasa sama, namun dibezakan menerusi tahap kelengkapan, teknologi dan ciri keselamatan.
Harga Mitsubishi Xforce 2026 Malaysia
- Mitsubishi Xforce Urban: RM110,000
- Mitsubishi Xforce Ultimate: RM120,000
Pelancaran rasmi dijangka berlangsung awal April 2026, namun Mitsubishi turut menyediakan tawaran eksklusif untuk 1,000 tempahan terawal.
Tawaran Pra-Pelancaran 1,000 Unit Terawal
Antara insentif menarik yang ditawarkan kepada pelanggan awal adalah:
- Rebat tunai RM5,000
- Urban: RM105,000
- Ultimate: RM115,000
- Peluang menyertai peraduan beli satu percuma satu (peruma Xforce varian Ultimate)
- Tambahan rebat RM1,000 untuk pemilik kenderaan Mitsubishi sedia ada
- Urban: RM104,000
- Ultimate: RM114,000
Enjin dan Prestasi
Kedua-dua varian Mitsubishi Xforce 2026 dikuasakan:
- Enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi
- Transmisi CVT
- Kuasa maksimum 105 kuasa kuda
- Tork maksimum 141 Newton meter
Rangkaian kuasa ini dipadankan dengan talaan yang memberi fokus kepada keselesaan pemanduan harian serta kecekapan bahan api, sesuai untuk kegunaan bandar dan perjalanan jarak jauh.
Perbezaan Varian: Urban vs Ultimate
Ciri Dalaman dan Keselesaan
- Xforce Urban
- Skrin infotainmen 8 inci
- Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay berwayar
- Paparan meter 4.2 inci TFT
- Sistem pendingin hawa dwi-zon + ventilasi lutut
- Sistem audio 6-pembesar suara
- Kamera perakam DVR hadapan
- Papan pemuka hitam dengan kemasan lembut
- Xforce Ultimate
- Skrin infotainmen 12.3 inci
- Android Auto dan Apple CarPlay wayarles
- Paparan pemandu digital 8 inci
- Sistem pendingin hawa dwi-zon dengan Nanoe X
- Sistem audio Yamaha Premium dengan 8-pembesar suara
- Pengecas wayarles
- Lampu ambien LED biru
- Mod pemanduan: Normal, Wet, Gravel, Mud
- Pintu tailgate berkuasa dengan fungsi kick motion
- Cermin pandang belakang malap automatik
- DVR hadapan dan belakang
- Papan pemuka White Melange Weave dengan aksen Mocha
Ciri Keselamatan
- Xforce Urban
- 4 beg udara (hadapan dan sisi)
- Amaran titik buta dan bantuan tukar lorong
- Amaran lintasan trafik belakang
- Kawalan pelayaran konvensional
- Xforce Ultimate
- 6 beg udara (hadapan, sisi dan tirai)
- Sistem bantuan pemandu lanjutan termasuk:
- Amaran titik buta
- Bantuan tukar lorong
- Amaran lintasan trafik belakang
- Brek kecemasan automatik
- Kawalan pelayaran adaptif
- Amaran keluar lorong
- Lampu tinggi automatik
- Sistem pemantauan tekanan tayar
Ciri Luaran
Varian Ultimate tampil lebih menonjol dengan tambahan:
- Emblem pada bonet enjin
- Spoiler belakang pintu tailgate
Spesifikasi Umum Dikongsi
Antara ciri standard yang dikongsi kedua-dua varian termasuk:
- Rim aloi 18 inci
- Brek parkir elektronik dengan fungsi tahan brek
- Kawalan kestabilan aktif
- Bantuan mula mendaki
- Kerusipemandu dan penumpang hadapan larasan manual
- Kerusi belakang boleh dilaras sehingga 8 tahap
- Perehat tangan tengah dengan fungsi penyejukan
- Pengelap cermin hadapan dengan penderia hujan automatik
- Sensor parkir hadapan dan belakang
- Sistem pemantauan sekeliling kenderaan
XForce Kini Pencabar Baru SUV Kompak
Dengan harga bermula RM110,000, Mitsubishi Xforce 2026 tampil sebagai pencabar serius dalam segmen SUV kompak, khususnya dengan tawaran pra-pelancaran yang agresif serta kelengkapan teknologi dan keselamatan yang menyeluruh, terutamanya untuk varian Ultimate.




