MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) secara rasmi membuka tempahan bagi pasaran tempatan untuk trak pikap baharu, Mitsubishi Triton generasi keenam yang bakal dilancarkan pada bulan ini.
Terdapat lima varian ditawarkan pada anggaran harga bermula RM102,000 untuk Triton Single Cab hingga RM170,000 untuk varian tertinggi, Triton Athlete.
Berikut enam ciri utama yang ada pada trak pikap generasi keenam ini:
- RekabentukBeast Mode yang lebih bergaya dengan ruang kabin lebih sporty dan pengendalian lebih baik.
- Pretasi dinaik taraf dengan enjin 2.4L turbo dua peringkat baharu yang mampu mencapai output kuasa 204ps dan tork 470Nm.
- Saiz badan lebih besar menerusi menggunakan casis 'mega-frame'.
- Pemanduan lebih selesa menerusi Sistem Super Select 4WD-II dan 7-mod pandu dipertingkat.
- Aspek keselamatan dipertingkat dan ditambah baik untuk Kawalan Yaw Aktif (AYC) dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
- Ciri dalaman dilengkapi pengecasawayarles, konektiviti Apple CarPlay, dan Android Auto, dan ruang simpanan.
Bagi Triton Single Cab baharu ini pula dikuasakan enjin 2.4L dengan output kuasa 184PS dan 430Nm, serta mempunyai ruang but paling besar dalam kelasnya iaitu 2,340mm lebar dan 1,580mm panjang.
Untuk 500 pelanggan yang membuat tempahan terawal akan menerima kotak simpanan boleh lipat 60 liter bernilai RM450.
Leave a Reply