Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hatchback Elektrik MG4 Kini Lebih Mampu Milik di Malaysia, Harga Mula RM100.8k!
Auto Terkini

Hatchback Elektrik MG4 Kini Lebih Mampu Milik di Malaysia, Harga Mula RM100.8k!

SyafieBy Syafie02/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Harga baharu MG4 2025

MG Motor Malaysia mengumumkan harga baharu lebih kompetitif untuk hatchback elektrik paling hangat jenama itu, MG4.

Dengan rekabentuk bergaya, teknologi canggih dan pemanduan lincah berkonsepkan pacuan roda belakang (RWD), yang juga satu-satunya dalam segmen), MG4 kini lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Harga baharu MG4 2025
Harga baharu MG4 2025

Harga Baharu MG4

  • Lux – RM100,888
  • Lux Extended – RM128,888
  • XPower – RM138,888

Harga itu menawarkan penjimatan lebih RM28,000 berbanding sebelum ini, menjadikan MG4 antara kenderaan elektrik (EV) paling berbaloi dalam pasaran tempatan.

Tiga Varian untuk Tiga Gaya Hidup

MG4 ditawarkan dalam tiga varian yang menumpukan kepada tiga pembeli dengan gaya hidup berbeza.

  • MG4 Lux – Praktikal untuk kegunaan harian, ringkas dan padat
  • MG4 Lux Extended – Buat pemandu yang mahukan jarak perjalanan lebih jauh dengan keyakinan penuh
  • MG4 XPower – Menawarkan prestasi tinggi untuk pemandu yang sukakan pemanduan sporty dan bertenaga

Setiap pembelian MG4 didatangkan dengan pengecas dinding (wallbox) 7kW PERCUMA atau kredit pengecasan, dengan penjimatan hingga RM10,000 (untuk MG4 EV XPower dan Lux Extended) dan RM7,000 (untuk MG4 Lux).

Waranti Menyeluruh MG4

MG4 juga dipakejkan dengan:

  • Waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000km
  • Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun atau 180,000km
  • Waranti motor pacuan dan unit kawalan (MCU) 8 tahun atau 160,000km

Promosi Istimewa: MGS5 EV

Promosi MGS5 EV 2025

Selain MG4, MGS5 EV turut ditawarkan dengan pakej pemilikan Ultimate Ownership Package, seperti pengecas dinding 7kW PERCUMA atau kredit pengecasan bernilai hingga RM10,000.

Varian, Bateri MGS5 EV

  • COM 49kWh – jarak hingga 340km (WLTP)
  • COM 62kWh – jarak hingga 430km
  • LUX 62kWh – jarak hingga 425km
Promosi MGS5 EV 2025
Promosi MGS5 EV 2025

Semua varian menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) berkuasa 170ps dan tork 250Nm, serta pengecasan AC 7kW sebagai standard pada harga bermula RM115,900.

MGS5 EV direka seimbang untuk keluarga moden dengan kabin luas dan selesa, termasuk aspek pengendalian mudah di bandar, selain mengekalkan karakteristik pemanduan British yang yakin dan stabil.


Rebat Tunai untuk Model Petrol MG

Promosi MG5 dan MG HS 2025

MG Motor Malaysia juga memperkenalkan tawaran hebat untuk model petrol:

  • MG HS – rebat tunai hingga RM12,000
  • MG5 – rebat tunai hingga RM8,000


Pembeli kini boleh menikmati enam bulan ansuran percuma bersama rebat tunai tambahan. Tawaran tersebut menjadikan model petrol MG pilihan lebih bijak, terutama dengan subsidi petrol yang masih berterusan di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai MG4 EV, MGS5 EV atau promosi model petrol MG boleh layari laman web www.mgmalaysia.com.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) MG Malaysia MG Motor Malaysia MG4 MG4 EV MGS5 EV Promosi MG Motor Malaysia Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.