Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoShanghai2025: MG Cyber X Debut Global di Auto Shanghai 2025 – SUV Futuristik dengan Lampu Pop-Up!
Roda4

#AutoShanghai2025: MG Cyber X Debut Global di Auto Shanghai 2025 – SUV Futuristik dengan Lampu Pop-Up!

Han OthmanBy Han Othman10/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MG Cyber X 2025
WALAUPUN ratusan model baharu membuat debut global  di Auto Shanghai 2025, tetapi kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, MG Cyber X nyata mencuri perhatian ramai,

Diperkenalkan Ketua Rekabentuk SAIC Motor, Jozef Kabaň, model itu tampil unik dan berani tanpa menyerupai mana-mana SUV ‘kotak’ dari China lain.

Tak Serupa Defender, G-Wagen atau Land Cruiser – Tampil Gaya Sendiri!

MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025

Kebanyakan SUV China di Auto Shanghai menampilkan gaya kotak yang sering disamakan dengan model ikon seperti Land Rover Defender, Mercedes-Benz G-Class atau Toyota Land Cruiser. Tapi tidak Cyber X.

Ya, betul. Lampu tier atas di hujung bonet, boleh keluar-masuk seperti model era 80-an dan 90-an. Itu sesuatu yang sangat jarang (atau langsung tidak pernah) dilihat pada sebuah SUV moden masa kini!

Rekabentuk Luaran – Futuristik, Bersih dan Maskular

MG Cyber X 2025

MG Cyber X ditayangkan dalam kemasan hitam kusan (matte), yang menampilkan:

  • Bar LED penuh lebar depan dan belakang
  • Logo MG menyala
  • Bonet bertingkat (stepped hood)
  • Kemasan krom pada cermin sisi dan rim dwi-tona
  • Rekabentuk bersih, berkotak dan maskular

Bahasa rekabentuk ini menyerlahkan MG Cyber X lebih kepada SUV premium gaya futuristik berbanding SUV lasak gaya tradisional.

Platform E3 SAIC – Asas EV Generasi Baharu

Walaupun spesifikasi teknikal penuh belum diumumkan, ada sumber luar mendakwa MG Cyber X menggunakan platform E3 baharu daripada SAIC, iaitu arkitektur EV sepenuhnya dengan binaan sel-ke-badan (cell-to-body).

Maksudnya, bateri disepadu terus ke struktur badan, sekali gus meningkatkan kekakuan badan dan mengurangkan berat jentera.

Platform E3 juga menyokong pelbagai saiz model, daripada hatchback ke kereta sport!

Dengan saiz besar dan bergaya mewah, MG Cyber X mungkin menjadi SUV perdana MG, seperti mana Cyberster berfungsi sebagai ikon roadster elektrik jenama itu.

SUV Masa Depan dengan Sentuhan Retro

MG Cyber X 2025

Dalam dunia SUV moden cenderung nampak sama, MG Cyber X tampil dengan identiti tersendiri seperti

  • Berkotak (boxy), tapi bukan disalin daripada mana-mana model ikon Barat
  • Lampu pop-up ala kereta sport 80-an
  • Rekabentuk bersih tetapi agresif
  • EV penuh dengan platform masa depan

Banyak Lagi Akan Didedahkan!

Buat masa ini, tiada maklumat teknikal penuh, tapi MG dijangka berkongsi lebih banyak spesifikasi Cyber X dalam masa terdekat. Adakah ini jawapan MG kepada pesaing seperti Tesla Model X dan Rivian R1S? Kita tunggu…

MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
MG Cyber X 2025
Auto Shanghai 2025 Kenderaan Elektrik (EV) MG Cyber X Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

12/03/2026
Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
Roda4

Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

12/03/2026
Roda4

Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

12/03/2026
Auto Terkini

MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

12/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.