Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7-Kerusi yang Canggih dengan AI!
Roda4

Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7-Kerusi yang Canggih dengan AI!

Abang HirataBy Abang Hirata02/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-Benz GLS 2027

MERCEDES-BENZ memperkenalkan Mercedes-Benz GLS 2027 baharu  atau versi S-Class dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan membawakan pembaharuan dari segi gaya, keselesaan dan teknologi digital.

Model itu menampilkan rekabentuk lebih berstatus melalui gril radiator lebih besar yang dilengkapi frem krom, dan pencahayaan kontur yang menyerlahkan lagi kehadiran atas jalan.

Rekabentuk Ikonik, Mewah

Mercedes-Benz GLS 2027

Lambang bintang Mercedes-Benz tertera atas bonet sebagai tribut kepada tradisi S-Class yang melambangkan kemewahan dan prestasi penuh keyakinan.

Bahagian luaran turut dikemas kini dengan bampar depan baharu, manakala lampu depan dan lampu belakang kini menampilkan corak bintang yang menjadi identiti khas SUV Mercedes-Benz.

Ruang dalaman GLS menawarkan konfigurasi 7-kerusi secara standard dengan kawalan elektrik sepenuhnya untuk ketiga-tiga baris tempat duduk bagi keselesaan setiap penumpang.

Kemasan dalaman kini lebih eksklusif dengan pilihan warna Beech Brown (coklat), dan elemen aluminium dengan corak garisan yang memberikan suasana kabin lebih segar.

Keselesaan Penumpang Belakang Kelas Pertama

Mercedes-Benz GLS 2027

Melalui pakej Rear Comfort Package Plus, baris tempat duduk kedua GLS kini berubah menjadi pejabat bergerak serba mewah atau ruang istirahat yang sangat menenangkan.

Satu pembaharuan ketara ialah alat kawalan jauh MBUX baharu boleh tanggal yang menggantikan tablet sebelum ini. Ini membolehkan semua fungsi hiburan dan kenderaan dikawal terus dari tangan penumpang.

Bagi menambah ruang kaki, penumpang di tempat duduk baris kedua sebelah kiri boleh menggerakkan kerusi depan ke depan secara elektrik hanya dengan satu sentuhan butang untuk mencipta ruang lebih luas.

Mercedes-Benz GLS 2027

Rawatan Spa, Udara Bersih

Satu fungsi getaran baharu pada kerusi depan kini memberikan kesan urutan lebih mendalam seakan sedang menikmati rawatan spa ketika memandu.

Sistem itu menggunakan empat motor getaran yang diletakkan secara strategik pada kusyen kerusi untuk memberikan kesan urutan tisu dalam (deep-tissue).

Sistem kawalan udara Energizing Air Control dalam GLS baharu sentiasa memantau kualiti udara dalam dan luar kabin secara pintar melalui sensor zarah halus PM2.5 serta gas berbahaya.

Sistem penapisan elektrik multi peringkat itu mampu membersihkan dan memperbaharui keseluruhan udara dalam kabin setiap 90 saat untuk memastikan persekitaran segar.

Kunci Digital, Keselesaan Akustik (NVH)

Mercedes-Benz GLS 2027

Satu lagi ciri moden diperkenalkan ialah kunci digital yang membolehkan pemilik mengunci, membuka dan menghidupkan enjin GLS hanya menggunakan telefon pintar.

Sistem itu menyokong kebanyakan peranti iPhone dan Android.

Bagi memastikan kabin senyap, Mercedes-Benz menambah lapisan penebat khas pada terowong transmisi dan menggunakan busa akustik pada rongga badan kenderaan untuk menyerap bunyi enjin, jalan,dan angin.

Teknologi Pintar MB.OS, AIRMATIC

Mercedes-Benz GLS 2027

Sistem Operasi (OS) Mercedes-Benz MB.OS bertindak sebagai otak utama yang menyepadu semua fungsi kenderaan melalui kuasa kecerdasan buatan (AI).

Panel skrin MBUX Superscreen merentasi keseluruhan papan pemuka dengan tiga skrin 12.3 inci bawah satu permukaan kaca, sekali gus mencipta ruang digital yang sangat intuitif.

GLS kini dilengkapi sistem suspensi AIRMATIC yang menyokong teknologi Car-to-X untuk memberikan pemanduan sangat lancar.

Mercedes-Benz GLS 2027

Melalui rangkaian data awan, sistem akan melaras tahap redaman secara elektronik lebih awal sebelum tayar mencecah bonggol jalan.

Dari segi dimensi, GLS mengekalkan profil gah dengan panjang 5,207mm dan lebar 1,956mm, manakala jarak roda 3,135mm memberikan ruang kaki luas, terutama untuk penumpang baris kedua.

Mercedes-Benz GLS 2027

Spesifikasi Mercedes-Benz GLS 2027

GLS 350d 4MATIC (Diesel MHEV)

  • Enjin 6-silinder 2,989cc
  • Output kuasa 313hp (230kW) @ 3,600rpm – 4,400rpm, dan tork 650Nm @ 1,200rpm – 3,200rpm
  • Motor elektrik 17kW (23ps), dan tork 205Nm
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 6.3 saat
  • Kelajuan maksimum 238kmj

GLS 450d 4MATIC (Diesel MHEV)

  • Enjin 6-silinder 2,989cc
  • Ouput kuasa: 367hp (270 kW) @ 4,000rpm, dan tork 750Nm @ 1,350rpm – 2,800rpm
  • Motor elektrik 17kW (23ps), dan tork 205Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat
  • Kelajuan maksimum 250kmj

GLS 450 4MATIC (Petrol MHEV)

  • Enjin 6-silinder 2,999cc
  • Output kuasa 381hp (280kW) @ 5,000rpm – 6,100rpm, dan tork 560Nm @ 2,000rpm – 4,500rpm
  • Motor elektrik 17kW (23ps), dan tork 205Nm
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 5.7 saat
  • Kelajuan maksimum 250kmj

GLS 580 4MATIC (Petrol MHEV)

  • Enjin V8 3,982cc
  • Output kuasa 537hp (395kW) @ 5,500rpm – 6,000rpm, dan tork 750Nm @ 2,500rpm – 4,500rpm
  • Motor elektrik 17kW (23ps), dan tork 205Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.7 saat
  • Kelajuan maksimum 250kmj
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Mercedes-Benz GLS 2027
Kenderaan Hibrid-Ringan (MHEV) Mercedes-benz Mercedes-Benz GLS MHEV Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.