SAIC Motor Malaysia rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik segmen-B baharu, MG S5 EV pada harga RM115,000.
Varian dan Prestasi MG S5 EV 2025
Terdapat dua pilihan varian untuk model ini:
- COM - pilihan bateri 49kWh (jarak hingga 340km) atau 62kWh.
- LUX - bateri 62kWh yang memberikan jarak perjalanan hingga 430km.
Kedua-dua varian menggunakan motor elektrik 125kW (170ps) dan tork 250Nm dalam pacuan roda belakang (RWD), satu-satunya dalam segmen-B EV.
Pengecasan dan Pilihan Warna
- Pengecasan AC 7kW
- Pengecasan DC hingga 150kW mengambil masa 26 minit untuk 10-80 peratus.
MG S5 EV 2025 didatangkan dalam lima pilihan warna: White (putih), Monument Silver (perak), Camden Grey (kelabu), Dynamic Red (merah), Elegant Latte (krim).
Ciri dan Keselesaan
- Unit infotainmen 12.8 inci skrin sentuh dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto.
- Kluster instrumen digital 10.25 inci.
- Sistem MG iSMART dan fungsi Vehicle-to-load (V2L) sebagai sumber elektrik perkakas luar.
- Varian LUX menawarkan ciri ekstra seperti:
- Rim aloi 18 inci
- Bumbung suria panoramik
- Kerusi semi kulit dengan lencana MG
- Pemanas stereng
- Pengecas telefon wayarless
- Kamera 360°
Tempahan di Malaysia Autoshow 2025
Mereka yang membuat tempahan dengan bayaran RM500 di pameran MAS 2025 layak menerima diskaun eksklusif dan pengecas AC wallbox 7kW PERCUMA (tidak termasuk pemasangan).
Leave a Reply