SELAIN model G350 Series II, Lambretta Malaysia juga melancarkan satu lagi skuter grand tourer, Lambretta X300 GT di pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) 9-15 Mei ini.
Warna dan Harga
Ada dua warna pilihan:
- Light Grey (kelabu)
- Super Black (hitam)
Lambretta X300 GT 2025 dijual pada harga RM26,800.
Ciri Lambretta X300 GT 2025
Model baharu itu mengetengahkan rekabentuk garisan klasik Lambretta dengan gabungan bentuk moden dan dilengkapi pelbagai aksesori seperti:
- Visor angin
- Sistem lampu LED penuh
- Panel meter digital TFT dengan konektiviti telefon pintar
- Rak belakang
- Sistem suspensi boleh laras prabeban 7-tetapanp
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Spesifikasi Lambretta X300 GT 2025
- Enjin silinder tunggal 275cc 4-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI)
- Output kuasa 25.1hp @ 8,250rpm, tiada data tork dan jenis transmisi dikongsi, tetapi dipercayai menggunakan kotak gear automatik CVT.
- Rim 12 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang) jenama Pirelli.
- Sistem brek cakera tunggal 220mm di depan, dan brek cakera 240mm (belakang).
- Kapasiti tangki petrol 7.5 liter.
- Dimensi panjang 1,922mm, lebar 741mm dan tinggi 1,117mm, manakala jarak roda 1,370mm
- Tinggi pelana 790mm.
Leave a Reply