Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Projek Perumahan Dekat LRT Patut Kurang Parkir
Auto Terkini

Loke: Projek Perumahan Dekat LRT Patut Kurang Parkir

SyafieBy Syafie09/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan pemaju perumahan mengurangkan jumlah parkir kenderaan bagi projek baharu yang dibangunkan berhampiran stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

Beliau berkata, syarat minimum satu atau dua petak parkir bagi setiap unit kediaman dilihat menjadi antara faktor utama peningkatan harga hartanah kerana kos pembinaan parkir turut dimasukkan ke dalam harga jualan sesebuah unit.

Kalau projek dekat dengan stesen LRT atau MRT, mungkin boleh dikurangkan keperluan tempat letak kereta supaya menggalakkan penghuni menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Projek TOD Boleh Mohon Kelonggaran

Loke memaklumkan, beberapa projek Transit-Oriented Development (TOD) sekitar Kuala Lumpur sebenarnya sudah pun dibenarkan memohon kelonggaran syarat parkir daripada pihak berkuasa tempatan.

Langkah itu sejajar konsep pembangunan berorientasikan transit yang lebih menekankan kemudahan akses kepada pengangkutan awam berbanding kebergantungan kepada kenderaan persendirian.

Sasaran Golongan Muda Bandar

Bagaimanapun jelas beliau, saranan berkenaan khusus untuk projek baharu, terutama yang menyasarkan golongan muda untuk menetap berhampiran rangkaian rel bandar.

Menurutnya, tinggal berdekatan dengan stesen pengangkutan awam menyebabkan keperluan memiliki kereta menjadi lebih rendah sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Sekiranya duduk dekat dengan stesen pengangkutan awam, mungkin keperluan untuk memiliki kereta itu lebih rendah, dan ini boleh menjimatkan kos kehidupan mereka,” katanya.

Ke Arah Gaya Hidup Tanpa Kereta

Tambah Loke, langkah tersebut turut menyokong peralihan jangka panjang kepada gaya hidup lebih lestari dengan kebergantungan kepada pengangkutan awam, selain membantu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan bandar utama.

Ringkasnya, kalau rumah dekat dengan LRT atau MRT, mungkin sudah tiba masa kita tidak perlu lagi menyimpan dua hingga tiga kereta untuk seisi keluarga.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Parkir Kenderaan Transit Aliran Massa (MRT) Transit Aliran Ringan (LRT)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Hyundai Boulder Concept, Lagi SUV Berkotak, Mahu Lawan Ford Bronco?

    02/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.