Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LLM Jangka Aliran Trafik Meningkat, 2.6j Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Mulai Esok
Auto Terkini

LLM Jangka Aliran Trafik Meningkat, 2.6j Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Mulai Esok

SyafieBy Syafie23/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) meramalkan peningkatan aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala ke utara, timur, dan selatan antara 24 hingga 28 Januari 2025 berikutan cuti perayaan Tahun Baru Cina pada 29 Januari nanti.

LLM menjangkakan sekitar 2.6 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama sepanjang tempoh tersebut. Dari jumlah tersebut, berikut adalah pecahan mengikut beberapa lebuhraya:

  • Lebuhraya Utara-Selatan: 2.2 juta kenderaan
  • Lebuhraya KL-Karak: 198,000 kenderaan
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1: 82,000 kenderaan
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2: 48,000 kenderaan
  • Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE): 120,000 kenderaan

Bagi aliran trafik kembali ke ibu kota pula dijangka meningkat pada 1 hingga 2 Fevruari 2025.

Untuk mengatasi kesesakan, LLM akan memastikan tiada penutupan lorong kecuali untuk kerja kecemasan dari 23 Januari hingga 3 Februari 2025. Selain itu, 25 lokasi tumpuan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan akan dilaksanakan laluan smart, dengan pengurusan trafik di plaza tol dan persimpangan yang lebih efisien, termasuk kaunter tol tambahan dan sistem tidal lane.

LLM turut menguatkuasakan larangan pemanduan kenderaan barangan pada 27 hingga 28 Januari dan 1 hingga 2 Februari bagi melancarkan aliran trafik.

Sebagai tambahan, keselesaan pengguna dipertingkatkan dengan pembaikan kemudahan di 38 kawasan rehat dan rawat serta plaza tol. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyediakan 50 tandas kabin sementara yang lebih selesa di Lebuhraya Utara-Selatan.

Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA atau melalui Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM di talian 1-800-88-7752

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kesesakan Trafik Malaysia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Tahun Baru Cina 2025
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.