Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan
Auto Terkini

Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

Abang HirataBy Abang Hirata13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEXUS memperkenalkan ciri-ciri baharu bagi model Luxury Mover atau LM untuk pasaran Jepun yang akan mula dijual pada 1 April 2026.

Berdasarkan falsafah Always On yang mementingkan evolusi berterusan, model ini menerima beberapa kemas kini perincian yang memfokuskan kepada aspek kemudahan, kesenyapan kabin dan keselesaan untuk semua penumpang.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai jawapan kepada permintaan MPV mewah dengan pemandu, LM kini terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen tersebut menerusi generasi kedua yang kini dipasarkan di Jepun.

Pencahayaan dan Keselesaan Kabin Dipertingkat

Bagi varian EXECUTIVE yang hadir dengan konfigurasi 4 tempat duduk, Lexus memperkenalkan ciri Slide Door Welcome Illumination.

Sistem ini berfungsi memancarkan cahaya ke permukaan jalan sebaik sahaja pintu gelongsor dibuka dengan pergerakan cahaya yang seolah-olah menjemput penumpang masuk ke dalam kabin.

Selain memberikan nilai estetika dan layanan omotenashi, ia juga meningkatkan aspek keselamatan ketika melangkah masuk ke dalam kenderaan dengan menerangi kawasan kaki.

Selain itu, bahagian peti sejuk dalam kabin kini menggunakan pemegang atau holder baharu yang diperbuat daripada bahan fleksibel dan anjal.

Reka bentuk dalaman peti sejuk ini mempunyai sekatan berbentuk gelombang yang membolehkan botol pelbagai saiz disimpan dengan lebih stabil tanpa bersentuhan antara satu sama lain, sekaligus mengurangkan risiko perlanggaran botol dan meningkatkan praktikaliti.

Praktikaliti

Menyedari keperluan pengguna masa kini, konsol tengah pada tempat duduk belakang kini dilengkapi dengan port pengecasan USB Type C yang menyokong output kuasa sehingga 60 ps (jumlah keseluruhan bagi 2 port).

Peningkatan kuasa ini memudahkan penumpang melakukan kerja pejabat menggunakan komputer riba atau menikmati hiburan digital dengan lebih lancar sepanjang perjalanan.

Bagi meningkatkan kualiti pemanduan, varian EXECUTIVE dan version L yang mempunyai 6 tempat duduk kini menggunakan tayar dengan corak bunga atau tread pattern yang telah diubah suai.

Langkah ini bertujuan mengurangkan bunyi jalan atau road noise bagi menghasilkan ruang kabin yang lebih senyap dan tenang untuk semua penumpang berehat.

Rangkaian Kuasa

Lexus LM500h dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder sebaris dengan pengecas turbo bersesaran 2.4 liter (kod enjin T24A-FTS).

Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 275 ps dan tork setinggi 460 Nm.

Sistem ini dipadankan dengan rangkaian kuasa hibrid selari yang merangkumi motor elektrik hadapan serta sistem eAxle pada bahagian belakang.

Motor elektrik hadapan menyumbang sebanyak 64 kW (87 ps) manakala motor elektrik belakang memberikan tambahan kuasa 76 kW (103 ps).

Secara keseluruhan, sistem hibrid ini mampu menghasilkan kuasa gabungan sehingga 371 ps. Kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem pacuan AWD (DIRECT4) dengan kotak gear automatik Direct Shift 6 kelajuan.

Spesifikasi Lexus LM 2026 Jepun

  • Enjin: 2.4 liter T24A-FTS Turbo 4 silinder
  • Sistem: Hybrid Electric Vehicle (HEV)
  • Kuasa Enjin: 275 ps
  • Tork Enjin: 460 Nm
  • Motor Elektrik Hadapan: 64 kW (87 ps)
  • Motor Elektrik Belakang: 76 kW (103 ps)
  • Kuasa Keseluruhan Gabungan: 371 ps
  • Transmisi: Direct Shift 6-speed Automatic
  • Sistem Pacuan: AWD (DIRECT4)
  • Kapasiti Penumpang: 4 (EXECUTIVE) atau 6 (version L) orang
  • Pilihan Warna: Sonic Titanium
  • Harga EXECUTIVE: 20,300,000 Yen (kira-kira RM500,395)
  • Harga version L: 15,200,000 Yen (kira-kira RM374,680)
Lexus Lexus Lm
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Bekalan Petroleum Malaysia Cukup Hingga Mei

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.