DALAM banyak model Lexus premium dan menyerlah, Lexus LBX tampil istimewa sebagai model kompak paling kecil dalam famili jenama itu dengan enjin hibrid 1.5L.
Kecil bukan sebarang kecil kerana model ini melahirkan LBX Morizo RR 2025 yang menggunakan enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L turbo berkuasa 304ps dan tork 400Nm.
Kenapa Lexus LBX Direka?
Lexus LBX asalnya direka untuk mencabar persepsi tradisional kereta mewah dengan menawarkan pemanduan dan rekabentuk berkualiti tinggi dalam saiz lebih kompak.
Sejak pelancaran pada Disember 2023, LBX sudah mencapai jualan kira-kira 65,000 unit di lebih 60 negara dan rantau.
Lexus LBX 2025 yang Ditambah Baik
Lexus LBX 2025 menjalani ujian lebih mendalam di pusat ujian Toyota Technical Center Shimoyama (TTC-S) yang mula beroperasi sepenuhnya sejak Mac 2024.
Ujian dilakukan di litar untuk mensimulasi pelbagai jenis permukaan jalan mencabar dari seluruh dunia dengan penambahbaikan dilakukan pada;
- Saiz silinder absorber belakang diperbesar.
- Kadar redaman dan stereng kuasa elektronik (EPS) dioptimum untuk menyerap hentakan lebih lembut ketika melalui permukaan tidak rata atau bonggol serta mengurangkan getaran.
- Pergerakan kenderaan arah depan dan belakang yang ada kaitan dengan gandar depan dikawal untuk mengurangkan bunyi jalan.
- Semua model dilengkapi sistem Kawalan Bunyi Aktif (Active Noise Control, ANC) sebagai ciri standard.
- Bahan penyerap bunyi tambahan dipasang pada fender bagi meredam bunyi enjin, dan meningkatkan tahap kesenyapan kabin.
Varian Baharu - Lexus LBX Active dengan Ciri Sporty
Kini ada varian baharu, Lexus LBX Active 2025, boleh didapati di semua pengedar Lexus seluruh Jepun dengan ciri seperti:
- Pilihan warna luaran dan dalaman yang menonjolkan konsep sporty.
- Enam pilihan warna badan disediakan, termasuk gabungan Red Spinel & Black yang sebelum ini ditawarkan dalam program Bespoke Build.
- Warna dalaman menampilkan kombinasi hitam dengan sulaman merah.
- Kerusi menggunakan bahan L tex yang tahan lama, dan berfungsi memberikan sentuhan selesa.
- Pelanggan boleh memilih pelbagai warna seperti Cool, Relax, dan Elegant mengikut cita rasa.
Spesifikasi Lexus LBX 2025
- Enjin: M15A-FXE 3-silinder sebaris 1,490cc turbo
- Transmisi: automatik e-CVT
- Output: Kuasa 91ps @ 5,500rpm, dan tork 120Nm @ 3,800-4,800rpm
- Motor Depan: Motor Synchronous AC (1VM)
- Output Motor Depan: 69kW (94ps), dan tork 185Nm
- Motor Belakang (AWD): Motor Synchronous AC (1MM)
- Output Motor Belakang (AWD): 4.7kW (6.4ps), dan tork 52Nm
- Bateri: Nikel-metal hidrida 28.8V
- Kapasiti Bateri: 5Ah
Varian dan Harga
i. Bespoke Build
- 2WD (FF) - 5.5 juta yen (RM161,780)
- AWD (E-Four) - 5.76 juta yen (RM169,440)
ii. Cool
- 2WD (FF) - 4.6 juta yen (RM135,310)
- AWD (E-Four) - 4.86 juta yen (RM142,960)
iii. Relax
- 2WD (FF) - 4.6 juta yen (RM135,310)
- AWD (E-Four) - 4.86 juta yen (RM142,960)
iv. Active
- 2WD (FF) - 4.4 juta yen (RM129,420)
- AWD (E-Four) - 4.66 juta yen (RM137,080)
v. Elegant
- 2WD (FF) - 4.2 juta yen (RM123,540)
- AWD (E-Four) - 4.46 juta yen (RM131,195)
Leave a Reply