Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Legenda Terjun KLCC, Felix Baumgartner Meninggal Dunia
Auto Terkini

Legenda Terjun KLCC, Felix Baumgartner Meninggal Dunia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Felix Baumgartner meninggal dunia ketika aksi paragliding di Itali
PENERJUN udara ekstrem, Felix Baumgartner, yang juga individu yang pernah mencatat sejarah dunia dengan terjunan tertinggi dari pinggir angkasa meninggal dunia ketika melakukan aksi luncur layar (paragliding) bermotor di Itali.

Ketika insiden itu, Baumgartner, 56, dilaporkan terhempas berhampiran kolam renang sebuah hotel ketika sedang menerbangkan paragliding bermotor di kawasan perkampungan Porto Sant’Elpidio, di wilayah Marche, timur Itali.

Masalah Kesihatan Ketika di Udara

Felix Baumgartner meninggal dunia ketika aksi paragliding di Itali

Datuk Bandar Porto Sant’Elpidio, Massimiliano Ciarpella, berkata, laporan awal menunjukkan kemungkinan beliau mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba ketika di udara.

Wira sukan ekstrem dari Austria itu pernah mencipta sensasi dunia pada 2012 apabila melakukan terjunan dari altitud melebihi 39km (128,000 kaki) dari stratosfera, sekali gus memecahkan rekod dunia dan kelajuan bunyi.

Komuniti Tempatan Berduka

Ciarpella menyifatkan Baumgartner sebagai simbol keberanian dan semangat terhadap penerbangan ekstrem, dan turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak komuniti tempatan atas pemergian mendiang.

Peminat kelihatan membanjiri ruangan komen di salah satu hantaran media sosial terakhir, iaitu video beliau sedang membaiki enjin paragliding.

Dalam satu lagi hantaran sekitar jam 2:30 petang waktu tempatan, beliau memuat naik gambar kon angin (windsock) penuh berlatar langit mendung dengan kapsyen ‘angin terlalu kuat’.

Pernah Terjun dari KLCC

Felix Baumgartner ketika terjun dari Menara Berkembar Petronas KLCC di Malaysia

Baumgartner yang juga dikenali dengan julukan ‘Fearless Felix’, mula mencipta nama dalam dunia sukan ekstrem sejak 1999. Antaranya lompatan BASE paling rendah di dunia dari tangan patung Christ the Redeemer di ibu kota Rio de Janeiro, Brazil setinggi 30 meter.

Pada tahun sama juga, beliau mencipta rekod terjunan payung terjun tertinggi dari bangunan apabila melompat dari Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada 2003 pula, beliau melintasi Selat Inggeris menggunakan sut khas dilengkapi sayap gentian karbon.

Rekod Tersohor Mendiang

Felix Baumgartner meninggal dunia ketika aksi paragliding di Itali

Namun, detik paling ikonik dalam kerjaya Baumgartner adalah ketika melakukan aksi lompatan dari angkasa. Dalam satu sidang media selepas lompatan bersejarah itu, beliau berkata;

Ketika saya berdiri atas dunia, perasaan itu amat merendahkan diri saya.”

“Ketika itu, saya tidak fikir tentang rekod atau data saintifik – apa yang saya mahu hanyalah pulang dengan selamat.”

Pemergian Baumgartner adalah kehilangan besar buat komuniti sukan ekstrem dunia. Legasi mendiang akan terus diingati sebagai simbol keberanian, inovasi dan semangat manusia untuk menakluk batas kemungkinan.

SUMBER: BBC

Fearless Felix Felix Baumgartner klcc Paragliding
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026
MotoGP

#MotoGP2026 Toprak Razgatlioglu Akui ‘Marah’, Sukar Sesuaikan Diri Di Ujian MotoGP Sepang

11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

11/02/2026
Auto Terkini

Jetour Masuk Senarai 10 Jenama Paling Laris Januari 2026!

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.