STELLANTIS Malaysia sedang melakukan persiapan untuk pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh Leapmotor C10 yang dijangka mengambil tempat pada pertengahan bulan hadapan.
Sehubungan dengan itu, firma itu mengadakan sesi pratonton eksklusif dan tertutup untuk model SUV jenama China berkenaan dekat Subang Jaya, Selangor. Leapmotor C10 akan bersaing dengan Proton eMas 7 atau BYD Atto 3?
Tiada perincian mengenai kenderaan itu tidak didedahkan pada sesi tersebut. Berikut ialah beberapa maklumat yang sempat diperoleh semasa sesi berkenaan:
- Model yang dipamerkan adalah pemanduan kanan.
- Tiga warna pilihan dibawa ke sesi berkenaan iaitu putih, hijau gelap dan kelabu.
- Dua warna kabin iaitu hitam dan coklat.
- SUV itu memiliki konfigurasi lima tempat duduk.
- Pintu kenderaan dibuka atau ditutup dengan menyentuh kad NFC pada perumah cermin sisi.
- Kad NFC sama digunakan untuk menghidupkan trenkuasa motor elektrik. Kad perlu diletakkan di konsol tengah (tempet pengecas tanpa wayar) untuk tujuan itu.
- Menggunakan seunit motor elektrik pada gandar belakang, sistem pacuan roda belakang.
- Pek bateri ditempatkan dalam casis kenderaan. Bateri menggunakan sistem penyejukan cecair.
- Bampar depan dilengkapi penutup grill aktif di bahagian bawah nombor plat.
- Ada lampu kabus depan dan belakang.
- Ruang dalaman ternyata minimalis dengan ketiadaan butang pada bahagian konsol tengah.
- Hampir semua fungsi kawalan perlu dibuat menerusi skrin infotainmen di tengah papan pemuka.
- Stereng dilengkapi konsol kawalan jenis roda dan pad nipis tetapi tetap perlu ditekan.
- Ada sensor pada tiang A untuk mengesan keadaan pemandu sama ada mengantuk atau tidak fokus semasa pemanduan.
- Empat mod pemanduan iaitu ECO, Comfort, Sport dan Custom.
- Barisan kerusi depan boleh laras menggunakan butang di sebelah tempat duduk. Tempat duduk juga boleh laras menerusi skrin infotainmen.
- Kerusi pemandu dan penumpang depan dilengkapi ciri pengudaraan dan pemanas.
- Ada tiga mod istimewa pada C10 iaitu Guard Mode, Camp Mode dan Nap Mode.
- Dilengkapi kamera 360º.
- Material tempat duduk jenis sintetik dipanggil Oeko Tex dan bersifat mesra bayi.
- Bagaimanapun, jika kanak-kanak menggigit balutan kerusi dengan kuat, ia boleh meninggalkan kesan atau terkoyak.
- Cahaya ambien dalam kabin boleh ditetapkan warna, ikut rentak muzik atau berubah secara perlahan-lahan.
- C10 boleh menerima arahan melalui suara tetapi respons agak terbatas.
- Tiada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
- Bumbung jenis panoramik.
- Pembuka pintu jenis flushed untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik.
- Bolong penyaman udara disorok di antara papan pemuka.
- Kerusi depan dan belakang boleh direbahkan sepenuhnya.
- Rim aloi 20 inci dengan tayar 245/45 jenama Dunlop e.SportMaxx
- Hadir dengan teknologi bantuan pemandu dan sistem ADAS seperti berikut:
- Bantuan Kekal Lorong.
- Kawalan Tengah Lorong
- Bantuan Halaju Pintar
- Amaran Perubahan Halaju
- Amaran Pandu Laju
- Kawalan Halaju
- Amaran Rempuhan Hadapan
- Pembrekan Automatik
- Amaran Keluar Lorong
- Kawalan Kestabilan Elektronik
- Mod Creep (gerak perlahan-lahan)
- Brek Pegun
- Bantuan Turun Bukit
- Ada ciri V2L (vehicle to load)
Leave a Reply