Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Laluan WCE Jajaran Beruas-Taiping Dibuka Sebelum Aidilfitri
Auto Terkini

Laluan WCE Jajaran Beruas-Taiping Dibuka Sebelum Aidilfitri

FikriBy Fikri18/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBUHRAYA Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan jajaran Beruas ke Taiping Selatan sejauh 35.5km dijangka dibuka menjelang Hari Raya Aidilfitri, April tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dr Nadzrol Fadzilah Ahmad berkata, pemeriksaan menyeluruh ,terutama aspek keselamatan sedang dilaksanakan sebelum dibuka kepada pengguna lebuh raya.

Menurutnya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berusaha membuka laluan berkenaan lebih awal seperti diharapkan Kerajaan Negeri Perak.

Kita ada usaha untuk buka laluan ini pada Tahun Baru Cina tetapi kita tidak boleh sahkan dapat dibuka sebelum perayaan berkenaan kerana masih tertakluk kepada faktor keselamatan.

“Tetapi kalau suku tahun pertama, saya rasa tidak akan sampai bulan April kerana kita ada keyakinan tinggi akan dibuka sebelum Aidilfitri.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, lebuh raya itu penting kerana akan menjadi laluan strategik bagi memperluas jaringan pengangkutan.

Bukan sahaja antara pekan dan daerah tetapi juga keterhubungan Perak dengan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi yang bermula dari Pelabuhan Klang, Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Pulau Pinang.

“Ia penting kerana menjadi pemangkin kepada perancangan Perak dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi di sepanjang jajaran pantai barat selain mengubah landskap pelancongan negeri dengan memudahkan akses ke destinasi-destinasi strategik seiring kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Menurutnya, dengan pembukaan lebuh raya itu, ia akan menjadi laluan alternatif kepada pengguna untuk ke kawasan Pantai Barat seperti Teluk Intan, Manjung, Pulau Pangkor, Beruas, Trong, Changkat Jering dan Taiping.

Seksyen 11 iaitu jajaran Beruas-Taiping Selatan adalah pelengkap kepada jajaran Lebuhraya WCE di bahagian laluan negeri Perak yang kini dalam fasa akhir sebelum dibuka kepada pengguna.

SUMBER: SinarHarian | FB: Saarani Mohamad

Auto Terkini Beruas-Taiping Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Lebuhraya WCE West Coast Expressway
Fikri

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.