TARIKH pembukaan rasmi Laluan LRT3 Shah Alam yang sebelum ini dijangka pada 30 September 2025 mungkin berdepan penangguhan.
The Star melaporkan perkara itu berpunca daripada aktiviti pengujian dan pentauliahan tren secara 24 jam yang kini sedang dijalankan Prasarana Malaysia Berhad.
Tarikh Tidak Pasti
Dalam kenyataan di Facebook bertarikh 25 Julai lalu, Prasarana mengesahkan ujian tren sedang dijalankan antara Stesen Bandar Utama ke depot Johan Setia, tetapi tiada sebarang tempoh dinyatakan secara rasmi.
Namun, pengguna media sosial mendapati hantaran tersebut sudah disunting. Versi awal hantaran menyebut aktiviti ujian itu akan berlanjutan hingga 31 Oktober 2025, iaitu sebulan selepas tarikh sasaran pembukaan asal.
Status Terkini Pembinaan
Setakat akhir Julai 2025, kemajuan projek LRT3 sudah mencapai 99.21 peratus siap. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut memaklumkan kos keseluruhan projek kini berjumlah RM21.93 bilion, iaitu RM9.72 bilion lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion ketika diperkenalkan pada 2015.
Fakta Menarik Laluan LRT3 Shah Alam
- 25 stesen dari Bandar Utama hingga Johan Setia
- Dua stesen tukar (interchange):
- Bandar Utama – sambungan ke MRT Kajang
- Glenmarie – sambungan ke LRT Kelana Jaya
Walaupun mengecewakan, tetapi penangguhan itu penting demi memastikan keselamatan operasi dan keselesaan penumpang apabila laluan tersebut mula beroperasi kelak.
SUMBER: TheStar
Leave a Reply