Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Mahu Bikin 250 Adventure?
Auto Terkini

KTM Mahu Bikin 250 Adventure?

AryonBy Aryon05/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM khabarnya sedang membikin model advencer suku liter yang memiliki persamaan dengan 250 Duke seperti panel instrumen digital, lampu LED dan trenkuasa yang dipinjamkan daripada model senior itu, menurut laporan AutoCarIndia.

Apa yang pasti talaan enjin dan nisbah gear pastinya berbeza supaya sesuai dengan karakter motosikal berkenaan.

Segmen 250cc memang sentiasa menarik perhatian peminat dua roda di Asia, terutama Asean yang memiliki kelompok peminat besar dalam pelbagai segmen motosikal daripada model sportbike fairing, skuter maksi hingga jentera klasik dan advencer. Jadi memang tidak hairan kalau KTM juga berminat mahu turut bersaing.

BACA >>> KTM 250 Duke Kini Muncul Standard dengan ABS, Lebih Mahal RM800

Jika di pasaran Malaysia, jentera advencer KTM itu ialah menjadi lawan sepadan dengan Honda CRF250 Rally yang juga bersesaran sama, 250cc dengan enjin silinder tunggal. Jangan pula dilupakan Kawasaki Versys-X 250 dengan enjin dwi silinder.

Namun bagi sebuah jentera advencer tulen, enjin silinder tunggal ialah trenkuasa terbaik kerana mampu menawarkan tork tinggi yang diperlukan untuk meredah laluan off-road.

Melihat spesifikasi 250 Duke, naked bike ini memiliki kuasa 30hp dan tork 24Nm, manakala Versys-X 250 (32hp, 21.7Nm) dan CRF250 Rally (24hp, 22.6Nm). Atas kertas, jelas 250 Duke memiliki tork paling tinggi dan tidak mustahil ditala lebih agresif untuk versi advencer.

Ada tak peminat Malaysia yang berminat dengan ‘KTM 250 Adventure’?

* FOTO BAWAH: KTM 790 Adventure

Honda CRF250 Rally kawasaki versys x 250 KTM KTM 250 Adventure KTM 250 Duke roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.