Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM 790 Duke Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!
Auto Terkini

KTM 790 Duke Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL-model baru yang ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 boleh saja dijadikan bayangan tentang kemunculan produk dua roda baru di Malaysia, tahun ini. Selepas mendapat maklumat tentang model Kawasaki Motor Malaysia bagi 2018, kami sempat merisik pula maklumat tentang model jenama Austria – KTM.

Tahun lalu adalah kali terakhir KTM Malaysia melancarkan produk baru menerusi debut 250 Duke dan 390 Duke. Khabarnya, tahun ini KTM Malaysia bakal membawa masuk pula 790 Duke sebagai model pembuka tirai 2018. Maklumat terbaru ini disahkan sendiri sumber kami yang enggan dikenali. Bagaimanapun, masa ketibaan sebenar masih belum diketahui.

BACA >>> #EICMA2017: KTM 790 Duke (2018) – Streetfighter Dwi-Silinder Debut di Milan

KUASA 103HP, TORK 86NM

Menurutnya, tidak mungkin 790 Duke akan tiba dalam masa terdekat. Ada kemungkinan diperkenalkan sama ada selepas suku pertama 2018. Sebagai makluman model itu diperkenalkan pada EICMA 2017, November tahun lalu.

Jentera streetfighter itu dilengkapi enjin 799cc dwi silinder berkuasa 103hp pada 9,000rpm dan 86Nm (8,000rpm). Sebagai jenama yang terkenal dengan kepakaran menghasilkan jentera yang ringan dan lincah, berat 790 Duke cuma 168kg.

BACA >>> KTM 790 Duke Lancar di Britain, Harga Saingi Kawasaki Z900! Malaysia Menyusul 2018?

790 Duke itu menampilkan rekabentuk langsing dengan dilengkapkan suspensi terbalik (USD) WP di depan dan monoshock boleh laras (belakang). Keyakinan membelok dibantu ciri Belokan ABS dan Kawalan Traksi yang peka sudut miring.

CIRI SERBA MODEN

Berikut ciri penting perlu anda tahu tentang 790 Duke yang bakal tiba di Malaysia, tahun ini:

  • Teknologi Ride-by-Wire dengan 4 mod tunggangan – Sport, Street, Rain dan Track (mod kustom individu).
  • Mod Supermoto – mod berasingan yang membolehkan penunggang menyahaktif kawalan traksi dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) pada roda belakang.
  • Paparan meter digital LCD TFT berwarna dengan sokongan aplikasi sambungan telefon pintar, MY RIDE.
  • Bar hendal boleh laras 12 tetapan.
  • Peredam stereng sebagai standard untuk menyahkan situasi stereng gelupur atau tank slapping.
  • Kawalan elektronik penuh, terdiri daripada Kawalan Traksi yang mengesan sudur miring, Belokan ABS, Regulasi Gelincir Motor (MSR), Kawalan Wheelie dan Kawalan Luncur.
  • Quick Shifter, tidak perlu lagi menukar gear menggunakan klac.

Setakat ini, hanya pasaran Eropah melancarkan model pesaing Kawasaki Z900 itu. Dilancarkan tahun lalu, harga seunit 790 Duke adalah kira-kira RM50,000 di rantau sana.

790 Duke Auto Terkini Duke EICMA 2017 Kawasaki Kawasaki Motor Malaysia KTM KTM 250 Duke KTM 390 Duke ktm 790 duke ktm malaysia Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017 roda2 streetfighter z900
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.