Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KPDNHEP Cakap Skim ‘Zero Downpayment’ Tidak Sah Ikut Undang-Undang, Tetapi…
Auto Terkini

KPDNHEP Cakap Skim ‘Zero Downpayment’ Tidak Sah Ikut Undang-Undang, Tetapi…

Han OthmanBy Han Othman05/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda trik tawaran atau promosi ‘zero downpayment’ untuk jualan kereta tanpa deposit sebenarnya menyalahi undang-undang negara ini? Berita ini dipetik daripada HarianMetro, jadi ini bukan auta dan sahih belaka.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Azman Adam berkata, promosi ‘zero downpayment’ mampu menarik perhatian ramai pembeli kerana mereka tidak perlu menyediakan wang deposit sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kenderaan.

BACA >>> #SembangDeras: Rasionalkah Cadangan Tol Fleksi dengan Caj Kesesakan Waktu Puncak?

Menurutnya, berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian. Mana-mana syarikat yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.

Azman berkata, pihaknya menjalankan Ops 0% ASB 1967 di seluruh Selangor dengan melakukan pemeriksaan ke atas 35 syarikat jual kenderaan, semalam.


KOMEN

Kalau anda terkejut, kami pun terkejut juga kerana sebelum ini kita memang sudah terbiasa dengan iklan jualan kereta yang menggunakan ayat ‘zero downpayment’, ‘0% deposit’ atau ‘full loan’ sebagai trik mempromosikan produk kenderaan.

Faktanya, kita sebagai pengguna sebenarnya memang sedia maklum itu cuma trik jualan semata-mata kerana deposit sebenarnya diserap sama ada daripada diskaun stok lama (tahun lalu), diskaun promosi raya (diberikan pengeluar) ataupun diskaun syarikat pengedar itu sendiri.

Malah dalam perniagaan jual beli kereta, kita juga kerap mendengar istilah ‘markup loan’, iaitu jurujual menolong pembeli membuat pinjaman kenderaan lebih tinggi daripada harga kereta dijual. Misalnya, jika harga kereta RM40,000 yang memerlukan pembeli menyediakan wang deposit RM4,000 (10 peratus), sebaliknya, pinjaman dimohon ialah RM44,000. Caranya, memohon pinjaman untuk varian kereta lebih mahal. Jadi, pembeli tidak perlu lagi menyediakan sebarang wang deposit.

BACA >>> Rugi Tahun Ketiga Berturut-Turut, Industri Automotif Korea di Ambang Gerhana?

Inilah trik ‘zero downpayment’ atau ‘full loan’ yang kita faham sekarang. Bagaimanapun, sesetengah bank memang ada menyediakan pinjaman ‘zero downpayment’ untuk skim graduan.

Dalam perniagaan kereta terpakai pula, trik ‘markup loan’ sebagai deposit 10 peratus pun susah disekat kerana pihak bank memang ada julat harga tertentu untuk sesebuah model terpakai itu. Contohnya, julat harga Perodua Viva (2014) ialah RM14,000-RM17,000, dan pembeli boleh membuat pinjaman dalam julat harga tersebut dan ada ruang untuk trik ‘markup loan’ digunakan.

Ataupun penggunaan perkataan itu – ‘zero downpayment’ – yang sebenarnya dilarang (biasanya digunakan jurujual secara peribadi)? Kalau itulah yang dimaksudkan, tidak perlulah kita risau sangat. Kita tunggu dulu tiada lagi iklan along pinjam wang di tiang-tiang jalan. Ayat full loan masih tak salahkan?

0% Deposit Auto Terkini Full Loan Ops 0% ASB 1967 Zero Downpayment
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.