Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KLIA Terminal 1 Laksana Laluan Hijau, Merah untuk Penumpang Antarabangsa
Auto Terkini

KLIA Terminal 1 Laksana Laluan Hijau, Merah untuk Penumpang Antarabangsa

SyafieBy Syafie27/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) hari ini mula melaksanakan konsep laluan hijau khas untuk penumpang antarabangsa, sebagai usaha mempercepatkan proses keluar di balai ketibaan dan mengurangkan kesesakan, terutama di kawasan tuntutan bagasi.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Melalui konsep itu penumpang yang tidak membawa barangan untuk diisytiharkan boleh terus keluar melalui laluan hijau ke balai ketibaan, sekali gus memendekkan masa menunggu.

Tiga Laluan Diperkenal: Hijau dan Merah

KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, selain dua laluan hijau, satu laluan merah turut disediakan bagi penumpang yang membawa barangan untuk diisytiharkan, melibatkan pemeriksaan dan pembayaran duti.

Sebelum ini, semua penumpang melalui satu laluan dan ada ketika pihak kastam perlu mengimbas bagasi, menyebabkan kelewatan serta kesesakan.

“Selepas perbincangan antara MAHB, AKPS dan Kastam, kita bersetuju memperkenalkan semula konsep ini dengan penambahbaikan, menerusi tiga laluan yang lebih tersusun,” katanya.

Tidak Kompromi Keselamatan Negara

Loke menegaskan, pelaksanaan laluan hijau tidak menjejaskan aspek keselamatan negara, dan pihak berkuasa masih mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan pemeriksaan.

Saya ingin tegaskan, pelaksanaan laluan hijau ini sama sekali tidak mengkompromikan keselamatan negara.

“Walaupun ada laluan hijau, ia tidak bermaksud pegawai AKPS tidak boleh menahan atau memeriksa penumpang,” katanya.

Lancar Pergerakan Penumpang Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Menurut beliau, setakat ini pelaksanaan konsep tersebut menunjukkan aliran pergerakan penumpang lebih lancar, sekali gus memudahkan urusan ketibaan, selari persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, yang dijangka menyaksikan peningkatan jumlah pelancong ke negara ini.

Laluan hijau itu dilaksanakan sebagai projek perintis selama sebulan, bermula semalam hingga 26 Februari depan, bagi menilai keberkesanan sistem sebelum prosedur operasi standard (SOP) dimuktamad.

Berpotensi Diperluas ke Terminal, Lapangan Terbang Lain

Loke berkata, jika projek rintis itu berjaya, konsep sama akan diperluas ke KLIA Terminal 2 (KLIA T2), selain beberapa lapangan terbang antarabangsa utama lain seperti:

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Kita berharap inisiatif ini dapat terus meningkatkan kecekapan operasi di KLIA T1. Dalam tempoh beberapa bulan ini, kita dapat lihat banyak penambahbaikan sudah dilaksanakan di KLIA di bawah seliaan MAHB,” katanya.

Beliau turut menegaskan, pelaksanaan laluan hijau itu tidak melibatkan penambahan anggota penguat kuasa, sebaliknya menggunakan pendekatan penstrukturan semula aliran penumpang yang lebih cekap.

KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing
KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing
KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing
KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing
KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing
KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Laluan Hijau KLIA Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

27/01/2026
Auto Terkini

Nissan Ariya Concept Dengan Kuasa Solar, Jarak Bertambah Sehingga 23 km!

27/01/2026
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanti Linggi
Auto Terkini

KKR Perketat Syarat Konsesi, Wajib Lantik Audit Luar

27/01/2026
FoodPanda dan GrabFood
Auto Terkini

Akta Pekerja Gig Dijangka Kuat Kuasa Akhir Mac 2026!

27/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.