Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Niro 2026 Facelift, Lebih Bersahaja, Kembali ke Malaysia Bawah Pengurusan Baharu?
Auto Terkini

Kia Niro 2026 Facelift, Lebih Bersahaja, Kembali ke Malaysia Bawah Pengurusan Baharu?

Abang HirataBy Abang Hirata26/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KIA mempertontonkan reka bentuk luaran dan dalaman bagi model Niro 2026.

Model ini merupakan kemas kini terbaharu bagi Niro generasi kedua yang asalnya diperkenalkan pada tahun 2021.

Selepas kira-kira empat tahun berada di pasaran, Niro kini tampil dengan estetika yang lebih matang serta peningkatan ciri premium untuk terus bersaing dalam segmen SUV mesra alam.

Kia Niro EV (2023)

Niro EV pernah dibawa masuk pada 2023 dan ditawarkan pada harga RM255,888 dan angka yang tinggi bagi menyaingi EV lain di pasaran.

Model untuk pasaran tempatan tersebut merupakan unit import penuh (CBU) dari Korea Selatan yang didatangkan dalam satu varian tunggal.

Falsafah Reka Bentuk Opposites United

Niro 2026 dibangunkan dengan menerapkan falsafah reka bentuk global Kia iaitu Opposites United.

Pada bahagian hadapan, identiti Star-map Signature Lighting digunakan pada lampu siang yang menekankan garisan melintang dan menegak. Rupa baharu ini lebih bersahaja berbanding Niro 2021.

Bahagian sisi menarik seperti sebelum ini dengan pendakap pintu yang tidak sampai ke hujung dan kini seragam dengan EV Kia lain melalui rim baharu.

Grafik lampu kombinasi LED belakang disusun supaya menyatu dengan bentuk badan bagi menonjolkan kelebaran kereta serta memberikan ritma visual yang lebih aktif.

Ruang Dalaman

Ruang dalaman Niro 2026 membawakan tema Refined Intenseness. Papan pemuka dahulu yang seperti kokpit pejuang ditukar kepada rekaan lebih sederhana.

Paparan Melengkung Panoramik menggabungkan kluster instrumen 12.3 inci dan sistem infotainmen secara bersepadu.

Papan pemuka direka secara nipis dan mendatar bagi memaksimumkan ruang visual, manakala garisan atas bersambung secara harmoni dengan garisan tingkap luaran bagi memberikan kestabilan visual kepada pemandu dan penumpang.

Kia Niro EV (2023)

Rangkaian Kuasa

Buat masa ini, maklumat terperinci mengenai spesifikasi rangkaian kuasa Niro 2026 masih belum dikongsi secara rasmi oleh pihak Kia.

Model 2021 ditawarkan dalam tiga pilihan utama iaitu hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV).

Sebagai rujukan, model Kia Niro EV (2023) yang pernah dipasarkan di Malaysia menggunakan bateri litium-ion berkapasiti 64.8 kWj yang mampu menggerakkan kereta hingga 460 km untuk sekali cas penuh.

Jika bateri dicas menggunakan pengecas pantas (DC), tempoh mengecas daripada 10 peratus hingga 80 peratus mengambil masa 43 minit.

Pengiktirafan Global dan Bakal Kembali?

Sejak pengenalannya, siri Niro telah menerima pelbagai anugerah berprestij di peringkat antarabangsa.

Di ntaranya Kereta Bandar Terbaik di Women’s World Car of the Year 2023, Crossover Terbaik di UK Car of the Year 2023, serta pilihan editor Car and Driver di Amerika Syarikat bagi kategori SUV Kecil.

Selain itu, ia juga memenangi anugerah Golden Steering Wheel di Jerman.

Di bawah pengurusan baharu Kia Sales Malaysia, adakah Niro EV bakal kembali?

Meskipun mempunyai sejumlah model EV di pasaran global, barisan kenderaan elektrik Kia di Malaysia sekarang ini hanya diwakili oleh model EV9.

Kia Kia Niro Kia Niro EV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

26/01/2026
Jualan Geely Auto
Auto Terkini

Geely Holding Catat Rekod Jualan 4.11 Juta Unit Pada 2025, Pertama Kali Lepasi Angka 4 Juta!

26/01/2026
Auto Terkini

Guna Nombor Pendaftaran Palsu Elak AWAS, Enam Kereta Mewah Bernilai RM1.5j Kena Sita

26/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.