Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kemalangan F1 di GP Bahrain Buktikan Peranti Halo Berguna Selamatkan Nyawa Pelumba
Autotainment

Kemalangan F1 di GP Bahrain Buktikan Peranti Halo Berguna Selamatkan Nyawa Pelumba

TalibBy Talib01/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERLUMBAAN Formula Satu (F1) di GP Bahrain pada Ahad lalu pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat sukan permotoran.

Jentera lumba Haas-Ferrari terbelah dua akibat kemalangan yang menyebabkan api marak menyala menyelubungi pelumbanya, Romain Grosjean. Detik pelumba Switzerland itu keluar memijak pengadang jalan nyata melegakan semua walaupun kondisi sebenarnya ketika itu belum diketahui.

Insiden berkenaan mungkin jadi lebih teruk, tetapi mujurlah dia selamat dan hanya mengalami kecederaan pergelangan tangan akibat luka terbakar.

BACA >>> Regulasi Formula Satu (F1): Apakah yang Baharu untuk Musim 2020?

Berdasarkan data, jentera dipandu Grosjean merempuh pengadang dengan kelajuan 220kmj (137mph), dan daya-G 53G. Impak dihasilkan cukup untuk meremukkan dan memutuskan pengadang jalan itu.  Malah, kerangka keselamatan yang sepatutnya mengekalkan posisi pemandu apabila berlaku kemalangan turut terganjak dan berubah bentuk. Impak inersia pula menyebabkan jentera itu terbelah dua.

Detik Penyelamatan

Ketibaan pasukan perubatan awal yang mengekori kelompok jentera lumba di pusingan pertama sangat berkesan. Hanya 10 saat diambil untuk tiba di lokasi kejadian. Dr Ian Roberts ialah individu pertama sampai yang pantas mengarahkan kru penyelamat memadamkan api sekitar Grosjean.

Cuma 28 saat masa diambil kru dan Grosjean sendiri mencari jalan keluar dari ruang kokpit yang dikelilingi api menjulang tinggi. Sukar hendak membayangkan perasaan dialamai mangsa ketika itu.

Namun sut khas tahan api tinggi berjaya menyelamatkan Grosjean daripada cedera teruk. Lagi, walaupun pelindung helmet  berubah bentuk dan mencair, tetapi selepas dibuka, tiada kecederaan teruk di kepala dialami.

BACA >>> Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1

Struktur Khas Halo Jadi Penyelamat

Peranti Halo yang melingkar atas kepala pemandu dibuat daripada titanium dengan kemampuan menahan daya tekanan hingga seberat 12 tan. Tujuan  asal peranti itu diwajibkan adalah keselamatan supaya pemandu tidak terkena sebarang hentaman struktur lain sekiranya berlaku kemalangan.

Peranti itu asalnya ditentang ramai pelumba dan barisan bos pasukan F1. Namun, pihak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) tetap meneruskan peraturan tersebut demi mengelakkan insiden buruk menimpa. Jika melihat pelbagai nahas yang berlaku, terutama insiden hujung minggu lalu, peraturan penggunaan peranti Halo nyata tepat dan berbaloi kerana mampu menyelamatkan sekian ramai pemandu sejak diperkenalkan pada 2018.

Ini kerana tanpa peranti Halo, pengadang jalan yang pecah berisiko terkena Grosjean. Dia juga dapat keluar dari kokpit dengan membuka bahagian atas peranti berkenaan.

Selain kemalangan di GP Bahrain, peranti Halo turut menyelamatkan Lance Stroll yang terbalik dalam sesi perlumbaan semula apabila tayar belakang jenteranya terlanggar sebelah kiri Kimi Raikonnen hingga menyebabkan terbalik. Bayangkan jika peranti Halo tiada, pasti kepala pelumba akan terhentak atas trek. Sebaliknya, Grosjean tidak mengalami kecederaan serius.

Jentera Terbelah Dua

Memang  nampak mengerikan apabila menyaksikan keadaan jentera Grosjean yang terbelah dua selepas kemalangan. Namun dalam kes itu, ia berlaku kerana struktur jentera dibuat untuk mengurangkan impak perlanggaran. Tidak seperti kereta biasa dengan enjin dipasangkan dalam ruang enjin kereta, tetapi enjin jentera F1 memilik struktur pemegang khas pada casis dengan enam bolt keselamatan yang akan pecah apabila tekanan tinggi.

Kemalangan itu mencatatkan tekanan lebih 50G dan berlaku dalam situasi bahagian depan jentera melanggar pengadang. Ini menyebabkan tekanan inersia bergerak dari belakang ke depan. Namun, bolt keselamatan yang pecah terlebih dahulu dapat mengurangkan tekanan pada bahagian depan.

Tanpa sistem keselamatan itu, bahagian enjin pasti akan merempuh kedudukan pemandu hingga mengakibatkan kecederaan teruk.

Kenapa Jentera F1 Boleh Terbakar?

Apa berlaku sememangnya mengejutkan ramai pihak. Jentera Haas-Ferrari terbakar dengan api marak dan situasi keadaan jentera tersebut hanya ditunjukkan selepas pihak F1 mengetahui kondisi Grosjean yang disahkan selamat.

Kali terakhir berlaku kebakaran jentera ialah pada 1989 dan ini memberikan kita gambaran betapa situasi tersebut adalah luar biasa.

Kebakaran yang berlaku menyebabkan penggunaan kerangka bahan api Kevlar yang menjadi peraturan keselamatan baru dalam jentera F1. Kerangka itu bersambung terus pada struktur monokok yang menempatkan kedudukan selamat pemandu berserta ‘carbon-fiber bulkhead’ yang sentiasa dipakai pemandu.

Apapun berlaku, bahan api seharusnya mengalir ke enjin. Dari insiden kebakaran, ada kemungkinan bahan api terkena percikan api. Namun, analisis mengenai kemalangan masih dikaji pihak F1 dan  pasukan Grosjean. Apa Ia juga menjadi petunjuk kepada pihak F1 untuk mengambil atau meningkatkan sistem keselamatan jentera pada musim akan datang.

Suit Kalis Api

Berdasarkan apa berlaku, Grosjean hanya mampu keluar dari jentera hampir 28 saat daripada impak kemalangan. Bantuan daripada pasukan perubatan hanya tiba 10 saat. Nampak macam sekejap, tetapi api mampu membakar tubuh pelumba itu jika tidak memakai sut kalis.

Berdasarkan peraturan, 10 saat adalah masa maksimum untuk pemandu keluar dari jentera selepas kemalangan. Namun, ujian berlaku dalam keadaan selamat, tanpa api. Jadi, sut pemandu perlu memiliki ketahanan kepada api sekitar 10s pada 2019. Apa berlaku, pada awal tahun 2020, FIA mempertingkat peraturan keselamatan.

Sut pemandu mampu bertahan 20 saat, tetapi berat sut yang terlalu berat, pemandu diberikan pengecualian memakai sarung tangan yang hanya mampu bertahan selama 10 saat. Apa yang berlaku, pergelangan tangan Grosjean mengalami sedikit kecederaan akibat terbakar.

Grosjean ketika ini sudah selamat dan sentiasa memberikan perkembangan keadaannya kepada peminat F1 menerusi laman Twitter. Baki perlumbaan F1 pula bakal berakhir untuk pelumba ini dan dia akan digantikan pelumba lain.

Semoga Grosjean kembali sembuh dan dapat meneruskan karier sebagai pelumba F1 musim akan datang. Sedikit maklumat tambahan, Lewis Hamilton memenangi kejuaraan musim 2020, sekali gus meneruskan dominasi Mercedes-Petronas dalam kancah F1 buat sekian kali.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi Hibrid F1 Jadi Ilham Honda Jazz Hybrid Baharu

Auto Terkini F1 Formula One (F1) Formula Satu (F1) GP Bahrain Roda4 Romain Grosjean sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.