SELEPAS beberapa tahun tanpa pengganti sejak penghentian produksi Z1000 pada 2020, jenama motosikal Jepun, Kawasaki, kini kembali dengan model serba baharu bagi tahun 2026, Kawasaki Z1100 dan versi lebih premium Z1100 SE.
Kedua-dua model ini mengekalkan rekaan agresif ala Sugomi, namun kali ini tampil lebih segar dengan silencer ekzos yang lebih kemas bagi memenuhi piawaian emisi Euro 5+.
Enjin & Prestasi
Model ini menerima naik taraf pada enjin dengan piston, spring injap dan aci sesondol (camshaft) baharu. Ia mampu menghasilkan 134hp pada 9,000rpm serta 112.5Nm pada 7,600rpm. Menjadikannya jelas untuk tunggangan jalanan. Kotak gear turut dilengkapi klac jenis assist & slipper untuk tunggangan lebih lancar.
Selain itu, sistem ride-by-wire membolehkan fungsi ride modes dan cruise control, manakala unit IMU menguruskan ABS sensitif mengikut sudut condong serta kawalan cengkaman.
Teknologi & Kelengkapan
Antara pembaharuan lain termasuk skrin TFT 5-inci dengan sambungan Bluetooth. Bagi versi Z1100 SE, ia tampil lebih mewah dengan fork hadapan Showa berwarna emas, penyerap hentak belakang Öhlins S46 boleh laras, angkup brek Brembo monoblock bersama hos keluli tahan karat, serta pilihan warna eksklusif.
Kedua-dua varian mempunyai berat sama iaitu 221kg.
Warna & Harga Anggaran
- Z1100 Standard: Ebony/Metallic Carbon Gray – £11,099 (±RM62,817)
- Z1100 SE: Metallic Matte Graphenesteel Gray/Metallic Matte Carbon Gray dengan rim hijau – £12,699 (±RM71,873)
Pesaing Utama
Model ini bakal berentap dengan Honda CB1000 SP, yang dipasarkan pada harga £9,999 (±RM56,592) di UK, manakala di Malaysia dijual sekitar RM69,999.
Dengan gabungan gaya naked streetfighter klasik Kawasaki bersama teknologi moden, Z1100 dan Z1100 SE dijangka menjadi taruhan utama dalam segmen motosikal berkapasiti besar mulai musim 2026.
SUMBER: Kawasaki
Leave a Reply