PERODUA mengukuhkan kedudukan sebagai pengeluar kereta paling dominan Malaysia menerusi 49,703 unit jualan bagi tempoh Januari hingga Februari 2026, mencecah hampir 50,000 unit dalam tempoh hanya dua bulan.
Berdasarkan data pendaftaran kenderaan terkini setakat 28 Februari 2026, jumlah tersebut meletakkan Perodua jauh di depan pesaing terdekat, Proton yang merekodkan 33,197 unit dalam tempoh sama. Toyota pula berada di tempat ketiga dengan 13,591 unit, disusuli Honda (6,556 unit).
Ranking Pengeluar Paling Laris Malaysia (Jan-Feb 2026)
Berikut senarai 10 jenama paling laris Malaysia setakat Februari 2026:
- Perodua – 49,703 unit
- Proton – 33,197 unit
- Toyota – 13,591 unit
- Honda – 6,556 unit
- Chery – 5,101 unit
- Mitsubishi – 2,080 unit
- BYD – 1,382 unit
- Mercedes-Benz – 1,336 unit
- Mazda – 1,285 unit
- BMW – 994 unit
Perodua jelas menguasai pasaran tempatan dengan jumlah jualan hampir 16,500 unit lebih tinggi berbanding Proton, sekali gus mengekalkan momentum kukuh memasuki 2026.
Saga Masih Model Paling Popular
Walaupun Perodua mendominasi dari segi jumlah jualan jenama, Proton Saga masih kekal sebagai model kereta paling popular di Malaysia bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Setakat Februari 2026, Saga mencatat 16,292 unit jualan, diikuti rapat Perodua Bezza (15,462 unit).
SUMBER: Data.gov.my











