Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Hyundai Catat Lebih 4.1j Unit Sepanjang 2024, Turun Peringkat Global, Naik di Amerika
Auto Terkini

Jualan Hyundai Catat Lebih 4.1j Unit Sepanjang 2024, Turun Peringkat Global, Naik di Amerika

Abang HirataBy Abang Hirata07/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN 2024 menyaksikan pertembungan antara kenderaan tenaga baharu (NEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) tradisional.

Walaupun kereta ICE masih menguasai, jualan NEV sudah menghakis kedudukan yang selesa sebelum ini. Ini ditambah beberapa cabaran lain seperti inflasi, dan industri automotif yang terjejas dan mula bangkit pasca wabak Covid-19.

Berdasarkan situasi tersebut, bagaimanakah prestasi jualan 2024? Hyundai Motor Company (HMC) mengumumkan angka jualan yang menyaksikan penurunan 1.8 peratus di peringkat global berbanding 2023.

Jualan global 4,141,791 unit membabitkan 705,010 unit di Korea dan 3,436,781 unit di pasaran luar negara. Berbanding 2023, jualan domestik menyusut 7.5 peratus dan sedikit menurun di pasaran luar (0.5 peratus).

Hyundai Tucson 2024
Hyundai Casper EV 2024

Namun jualan melebihi 4.1 juta masih tinggi dan Hyundai dapat menambah baik campuran jualan menerusi model baharu seperti Tucson baharu dan Casper EV selain mengukuhkan barisan kenderaan mesra alam.

Hyundai Motor America (HMA) juga mencatat jualan paling tinggi dalam sejarah syarikat, iaitu 836,802 unit atau meningkat 4 peratus berbanding 2023. Pelanggan HMA begitu gemarkan Tucson yang mencatatkan jualan 206,126 unit, disusuli Elantra (136,698 unit) dan Santa Fe (119,010 unit).

Bagi 2025, syarikat akan mengoptimum portfolio produk dan pengurusan bekalan kenderaan setiap wilayah, termasuk memperluas jualan model elektrifikasi serta meningkatkan pengeluaran tempatan di pusat fasiliti global.

Selain itu, HMC juga akan meningkatkan pengurusan isu secara proaktif dan sistem pengeluaran anjal untuk pelbagai model dengan menumpukan kepada operasi perniagaan menguntungkan.

HMC mensasarkan jualan global 2025 sebanyak 4,174,000 unit dengan pembahagian 710,000 unit di Korea dan 3,464,000 unit untuk pasaran luar.

Perincian Jualan HMC 2024

Domestik
  • 705,010 unit – 7.4 peratus berbanding 2023.
  • Sedan: 198,580 unit (Grandeur 71,656), (Sonata 57,355), (Avante 56,890).
  • RV: 245,241 unit ( Santa Fe 77,161), (Tucson 55,257), (Kona 28,459) (Casper 41,788).
  • Kenderaan Perdagangan: 111,373 unit (Porter 69,267), (Staria 41,118 units), (kenderaan besar seperti bas dan lori 26,864 unit).
  • Genesis: 136,774 unit (G80 45,854), (GV80 39,369), (GV70 34,469).
Pasaran Luar
  • 3,436,781 unit – 0.5 peratus berbanding 2023
Jualan Disember 2024
  • 330,059 unit – Korea 61,323 unit; Luar 268,736 unit
Auto Terkini hyundai Hyundai Motor Company Jualan Global Hyundai 2024 Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.