Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Warga China Tiada Lesen Pandu Lamborghini Kena Saman, Kereta Tak Disita
Auto Terkini

JPJ: Warga China Tiada Lesen Pandu Lamborghini Kena Saman, Kereta Tak Disita

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BUKAN kena sita tetapi dikenakan saman.

Itu tindakan diambil ke atas seorang warga China yang tidak memiliki lesen memandu sah tetapi ditahan memandu kereta sport jenis Lamborghini Aventador di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Bernama menyatakan perkara itu dijelaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sekali gus ‘memperbetulkan’ laporan awal yang menyatakan kenderaan tersebut disita.

Agensi berita itu melaporkan JPJ WPKL dalam kenyataan memaklumkan pemandu itu sebaliknya hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar semalam.

Kenyataan tersebut menyatakan:

“JPJ WPKL hanya mengeluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan berkenaan pulang. Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul.”

Media sebelum ini melaporkan Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, kereta yang dipandu lelaki berusia 28 tahun itu adalah antara 27 kenderaan yang disita dalam operasi bersepadu berkenaan.

Difahamkan lelaki yang bekerja sebagai pencipta kandungan media sosial itu dilaporkan memandu kereta miliknya untuk pulang ke rumah di Damansara Heights bersama teman wanitanya selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

SUMBER: Bernama

Hamidi Adam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Lamborghini Aventador Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    PRIHATIN: Pekerja Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah RM600 Sebulan

    By Admin PanduLaju06/04/2020364
    Roda2

    Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

    By Abang GYL21/07/2019277
    Auto Terkini

    6 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Pergerakan Rentas Negeri 1-3 Mei 2020

    By Han Othman03/03/2021276
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

    By Han Othman07/04/2019275
    Auto Terkini

    Covid-19: Hanya Seorang Dibenarkan dalam Sebuah Kenderaan, Mula Rabu Ini

    By Abang GYL30/03/2020193
    Auto Terkini

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?

    By Han Othman10/09/2018190
    Autotainment

    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi… (13 Tip)

    By Han Othman19/10/2018171
    Autotainment

    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

    By Han Othman19/08/2018162
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.