Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Pasang Plat Nombor ‘Kuman’ Boleh Kena Denda hingga RM10k!
Auto Terkini

JPJ: Pasang Plat Nombor ‘Kuman’ Boleh Kena Denda hingga RM10k!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nombor plat 'kuman'

FENOMENA penggunaan plat nombor bersaiz terlalu kecil atau digelar sebagai plat nombor ‘kuman’ kini dilihat semakin menjadi trend dalam kalangan penunggang motosikal muda di Malaysia.

Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran penggunaan plat nombor ekstrem seperti ini boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dengan denda minimum RM5,000 dan boleh mencecah hingga RM10,000.

Tindakan Lebih Tegas

Nombor plat 'kuman'
Nombor plat 'kuman'
Nombor plat 'kuman'

Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya kini meningkatkan tindakan terhadap penggunaan plat nombor palsu, fancy dan ekstrem yang boleh mengelirukan penguat kuasa.

JPJ juga mengambil tindakan terhadap penggunaan nombor pendaftaran palsu, fancy dan ekstrem yang mengelirukan di bawah Seksyen 108 APJ 1987.

“Kes ini akan dibawa ke mahkamah dan tindakan tegas akan terus diambil, dengan denda minimum RM5,000 dan boleh mencecah RM10,000,” katanya.

Trend Penunggang Muda

Nombor plat 'kuman'

Beliau menjelaskan plat nombor saiz ‘mikroskopik‘ itu dikesan semakin popular, terutama dalam kalangan penunggang muda yang menganggap sebagai sekadar hiasan atau gurauan.

Namun, penggunaan plat nombor bersaiz terlalu kecil itu menyukarkan penguatkuasaan undang-undang dan berpotensi menjejaskan keselamatan jalan raya.

Kes Sudah Dibawa ke Mahkamah

Nombor plat 'kuman'

Muhammad Kifli berkata, JPJ menerima maklum balas daripada pihak pendakwa raya dan memperoleh kebenaran untuk mengambil tindakan mahkamah di bawah Seksyen 108 APJ 1987.

Saya ingin memberi amaran kepada semua pihak. Berdasarkan kes didakwa di Mahkamah Kajang minggu lalu berkaitan penggunaan nombor ekstrem, denda sudah dikenakan.

“Ini pendekatan baharu kerana kami mendapati semakin banyak motosikal dan kereta menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan penguat kuasa,” jelasnya.

Penunggang Akui Tidak Sedar Hukuman Berat

@jpjhqpenguatkuasa MAHKAMAH MAJISTRET KAJANG TELAH MENJATUHKAN HUKUMAN DENDA SEBANYAK RM5,000 KE ATAS PEMANDU YANG MELAKUKAN KESALAHAN MEMPAMERKAN NOMBOR PENDAFTARAN ‘FANCY’ YANG EKSTREM DAN MENGELIRUKAN JPJ mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan nombor pendaftaran fancy dan mengelirukan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, YBhg. Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan memaklumkan pemilik kenderaan yang menggunakan nombor fancy ekstrem boleh dikenakan denda minimum RM5,000 hingga RM10,000 selepas kes dibawa ke mahkamah. Beliau berkata, penggunaan nombor ekstrem semakin berleluasa sehingga mengelirukan agensi penguat kuasa. #JPJ #JPJMalaysia #PenguatkuasaanJPJ #NomborFancy #fyp ♬ original sound – jpjhqpenguatkuasa


Dalam operasi dijalankan, beberapa motosikal dengan plat nombor fancy sudah ditahan. Beberapa penunggang mengakui memasang plat nombor kecil tersebut sekadar suka-suka dan tidak menyedari hukuman berat boleh dikenakan.

Rakaman ibu pejabat penguatkuasaan JPJ yang dimuat naik di TikTok turut memaparkan saiz plat nombor yang terlalu kecil hingga sukar dibaca dengan mata kasar.

JPJ menegaskan orang ramai perlu mematuhi spesifikasi plat nombor yang ditetapkan undang-undang dan mengelakkan sebarang pengubahsuaian yang boleh membawa implikasi undang-undang serius.

SUMBER: TikTok JPJ

Akta Pengangkutan Jalan (APJ) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ nombor plat Plat Nombor ‘Kuman’ Plat number ekstrem
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.