TINDAKAN pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, BMW X6 memandu dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selama tujuh tahun terbongkar selepas ditahan di Lebuhraya Grand Sepadu menghala Bukit Raja, Klang, Selangor, Selasa lalu.
Kereta itu ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor pada jam 11.30 pagi ketika rondaan sempena Op Hari Raya Aidilfitri 2024.
Pengarah JPJ Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, selain LKM tamat tempoh, kenderaan yang dipandu warga tempatan berusia 59 tahun itu juga tiada perlindungan insurans.
Alasan diberikan tidak memperbaharui cukai jalan kerana memandu untuk jarak dekat dan membeli kenderaan itu dengan tidak menukar nama," katanya.
Kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 64(1) dan dibawa ke JPJ Shah Alam. Kesalahan tidak memiliki insurans perlindungan kenderaan sah boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply