Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Kerjasama dengan Polis, SKMM Buru ‘Scammer’ Lesen Memandu Haram
Auto Terkini

JPJ Kerjasama dengan Polis, SKMM Buru ‘Scammer’ Lesen Memandu Haram

ShawkathBy Shawkath24/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan satu lagi kegiatan sindiket penipuan yang menjanji pengeluaran lesen memandu haram melalui Facebook dan Telegram.

Agensi itu berkata, pengeluaran lesen memandu itu dibuat tidak mengikut syarat ditetapkan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, ada beberapa modus operandi digunakan sindiket itu melalui platform media sosial untuk mempromosikan iklan menggunakan pelbagai kaedah pujukan. Beliau berkata;

(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Orang ramai diminta berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah ini yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi bagi mempengaruhi pemikiran mereka.”

Rospiagos mendakwa individu yang  memiliki lesen tidak sah melakukan kesalahan bawah Seksyen 108 Akta 333 dan memandu tanpa lesen sah bukan saja melanggar undang-undang, tetapi terdedah kepada risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Beliau berkata lagi, JPJ kini bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun media sosial yang menawarkan dan menjalankan penipuan tersebut untuk tindakan lanjut.

Rospiagos berkata;

Orang ramai diseru memberikan maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket di media sosial yang cuba menawarkan promosi pengeluaran lesen secara mudah dan murah tetapi tidak mengikut syarat ditetapkan.”

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Beli lesen memandu Datuk Rospiagos Taha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ lesen terbang roda2
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

16/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.