Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JLRM Lancar 2 Varian Defender V8, Harga Mula RM998k!
Auto Terkini

JLRM Lancar 2 Varian Defender V8, Harga Mula RM998k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAGUAR Land Rover Malaysia (JLRM) mengumumkan ketibaan Defender V8 ke pasaran tempatan, hadir dengan dua varian untuk dipilih iaitu Defender 110 V8 dan Defender 130 V8. Defender tergolong sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dua varian yang dipacu trenkuasa 5.0 liter direka dengan gabungan teknologi prestasi moden, rekaan dalaman serba mewah dan mengekalkan warisan asal Defender. Berikut ialah perinciannya:

  • Harga Defender 110 V8 ialah RM998,000 manakala Defender 130 V8 ditawarkan dari RM1.198 juta seunit. Harga itu adalah harga bebas cukai.
  • Untuk mendapatkan harga termasuk cukai, anda dinasihatkan untuk menghubungi JRLM Ara Damansara (03-76512000).
  • Defender 110 V8 guna enjin konfigurasi V8 5.0L supercharged, menawarkan 525PS dan tork 625Nm. Pecutan 0-100kmj ambil masa 5.4 saat.
  • Defender 130 V8 dipacu enjin V8 5.0L dengan output kuasa 500PS dan tork 610Nm, pecutan 0-100kmj dalam tempoh 5.7 saat.
  • Dua model itu direka untuk memberi pengalaman pemanduan luar biasa, sama ada di jalan bandar mahupun di permukaan laluan lasak dan mencabar.
  • Defender V8 menggunakan empat paip ekzos dipasang luar (Quad outboard mounted exhaust pipes) dan bunyi dihasilkan dikatakan berbeza dengan versi lain.
  • Defender 110 V8 dilengkapi kerusi belakang dengan ciri pemanas, konfigurasi boleh lipat 40:20:40.
  • Defender 130 V8 dengan konfigurasi kerusi belakang jenis gelangsar dan sandaran manual dan kerusi boleh lipat 40:20:40. Ada tiga barisan tempat duduk dan boleh bawa 8 penumpang.

Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan berkata:

Defender V8 melambangkan kemuncak keunggulan kejuruteraan Land Rover. Ia menggabungkan prestasi luar biasa dengan kemewahan tersendiri dan keupayaan sedia terbina dalam warisan Defender.

“Direka untuk memenuhi piawaian berkualiti tertinggi dalam segala aspek, kenderaan ini sesungguhnya mencerminkan usaha Sime Motors untuk menyediakan pengalaman yang luar biasa kepada rakyat Malaysia. Kami sukacita untuk melancarkan kenderaan hebat ini bagi mereka yang menghargai kecemerlangan automotif dan prestasi tiada tandingan.”

Defender 110 V8 Defender 130 V8 Defender V8 Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 890 Adventure R Rally 2026, Unit Terhad, Ekzos Akra

    31/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.