JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya merampas 11 kenderaan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM3.69 juta termasuk cukai di dua gudang di Pelabuhan Utara dan Barat, baru-baru ini.
Kesemua model kereta itu dirampas menerusi Ops Longkai 2024 yang dilakukan pada Julai dan Ogos lalu. Berikut antara model kenderaan tersebut:
- Mercedes Benz (lima unit)
- Mini Cooper (dua unit)
- Porsche Panamera
- Range Rover
- Toyota Alphard
- Suzuki Jimny
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, kejayaan dalam operasi itu berpunca daripada hasil intipan pihaknya sejak beberapa bulan lalu ke atas dua gudang tersebut.
Hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua kenderaan itu tidak mempunyai lesen import daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI).
Kesemua kenderaan itu diimport dari negara Eropah dan Asia untuk dijual di pasaran tempatan."
“Pemilik dua gudang itu mengakui mereka tidak mempunyai lesen berkenaan.”
"Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipercayai dibawa masuk ke negara ini sejak empat tahun lalu, namun tiada individu yang membelinya."
Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967, sebelum kesemua kenderaan dilelong kepada orang awam.
Leave a Reply