PROTON Holdings Bhd (Proton) percaya Jelajah Proton e.MAS 7 akan membantu merealisasikan impian mereka untuk menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Proton e.MAS 7 sebagai peneraju dalam pasaran kenderaan elektik (EV) di Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, siri jelajah yang akan berlangsung pada 5 Oktober 2024 sehingga awal November nanti melibatkan semua negeri di Malaysia.
Berikut jadual mengikut negeri yang telah ditetapkan:
- Pusingan Pertama: Negeri Sembilan, Melaka, Johor
- Pusingan Kedua: Pahang, Terengganu, Kelantan
- Pusingan Ketiga: Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis
- Pusingan Keempat: Kuala Lumpur, Selangor
- Pusingan Kelima: Sabah, Sarawak
Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat dengan lebih dekat kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C ini, jelajah itu akan memperlihatkan daya tahan Proton e.MAS 7, menunjukkan ketahanan baterinya, badan dan kabin yang mantap serta banyak lagi."
"Jelajah Proton e.MAS 7 berhasrat untuk melibatkan rakyat Malaysia, menawarkan peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman dengan kenderaan itu memandangkan ia meliputi lebih 2,000 kilometer merentas kepelbagaian rupa bumi, daripada jalan pesisir pantai ke kawasan pergunungan, yang menunjukkan keupayaannya."
Pelancaran jelajah Proton ini juga menandakan kejayaan jelajah dunia pandu uji Geely E5 sejauh 3,700km dari China ke Malaysia. Kerjasama bersama Geely juga membolehkan EV pertama Proton ini dibangunkan selari dengan Geely E5 yang menggabungkan teknologi bertaraf dunia dalam penyelesaian mampan khusus untuk rakyat tempatan.
Berdasarkan ketahanan dan kebolehpercayaan yang ditunjukkan Geely E5 ini juga memberikan gambaran positif terhadap kemampuan e.MAS 7 dalam mengharungi pelbagai keadaan bermula daripada cuaca sehingga mempamerkan kecemerlangan kejuruteraannya.
SUMBER: Bernama
Leave a Reply