Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jangan Tahu Tuang Sahaja, Ketahui Fakta Penting Minyak Pelincir Motosikal Anda
Roda2

Jangan Tahu Tuang Sahaja, Ketahui Fakta Penting Minyak Pelincir Motosikal Anda

ZYBy ZY22/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH yang tertulis pada label botol minyak pelincir motosikal anda? Bagaimanakah memilih minyak pelincir yang sesuai?

Nampak remeh, tapi subjek ini masih jadi misteri kepada ramai pemilik kenderaan, khususnya penunggang motosikal. Mengetahui dan memahami makna kod dan istilah pada label minyak pelincir bukan saja membantu anda membuat pilihan lebih bijak, tetapi juga dapat mengelak dipengaruhi penjual yang hanya mahukan keuntungan.

4 PERKARA UTAMA PADA LABEL MINYAK PELINCIR

  • Kegunaan – Pastikan label menunjukkan kegunaan pelincir tersebut, sama ada dalam bentuk tulisan, gambar atau kedua-duanya.
  • Jenis/Gred – Mineral, Semi Sintetik atau Sintetik.
  • Kelikatan – Kod awalan SAE dan disusuli digit. Contohnya: 10w-40, atau 20w-50.
  • Spesifikasi – Klasifikasi servis dan pengiktirafan OEM. Kebiasaannya dalam bentuk dua digit awalan S(*) dan juga JASO M(*).

1. KEGUNAAN

Kegunaan minyak pelincir sangat mudah dibezakan kerana rata-rata label pada botol akan tertera ilustrasi atau grafik jentera yang bersesuaian. Antara sebab anda tidak boleh guna minyak pelincir kenderaan lain adalah perbezaan operasi enjin setiap jenis kenderaan tersebut.

Contohnya, kereta biasa beroperasi pada ligatan atau rev enjin 2,000rpm – 4,000rpm, manakala motosikal pula memiliki rev lebih tinggi sekitar 6,000rpm – 8,000rpm. Justeru, formula minyak pelincir berbeza.

Bukan setakat jenis kenderaan, konfigurasi enjin kenderaan itu juga memainkan peranan penting. Kebanyakan minyak pelincir motosikal di pasaran dikhususkan untuk jentera 4-lejang jenis klac basah, manakala sebahagian kecil motosikal menggunakan minyak pelincir 2T untuk enjin 2-lejang dan minyak pelincir khas untuk skuter automatik (akan dijelaskan di bawah).

BACA >>> 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

2. JENIS / GRED

Minyak pelincir Mineral dan Sintetik seperti tertulis pada label merujuk kepada minyak asas yang membentuk 75-80 peratus pelincir, manakala baki 20-25 peratus ialah bahan aditif seperti detergen, agen antibusa, bufer, pembaik indeks kelikatan (viscosity index improver), dan pelincir tambahan yang bertindak sebagai perisai kepada omponen logam dalam enjin.

Pemprosesan pelincir boleh menghasilkan komposisi berbeza, justeru Institut Petroleum Amerika (API) menetapkan lima kumpulan gred mengikut kadar kandungan sulfur dan kelikatan. Group 1, 2 hingga 3 untuk Mineral, dan Group 4 hingga 5 untuk Sintetik.

Berasaskan pengredan yang dinilai mengikut prestasi pelincir, kebanyakan pengeluar melabelkan minyak pelincir Mineral dalam Group 3 sebagai pelincir sintetik berkos rendah dengan menggunakan terma seperti semi sintetik atau adunan sintetik (synthetic blend).

Berbanding minyak Sintetik dengan minyak asas 100 peratus daripada campuran kimia di makmal, sebaliknya minyak Mineral yang diproses daripada minyak mentah memiliki campuran molekul kimia berbeza.

Perbezaan saiz molekul inilah menyebabkan tempoh penyenggaraan bagi minyak mineral lebih singkat kerana molekul lebih cepat terurai pada pelbagai kondisi ekstrem seperti rev enjin tinggi dan campuran sisa pembakaran, transmisi dan lain-lain. Minyak Sintetik pula mampu memanjangkan tempoh penyenggaraan, tetapi pada masa berisiko membuatkan anda terlupa memeriksa paras pelincir pula.

Jadi, jika anda jenis penunggang berdisiplin yang pasti menukar minyak pelincir mengikut tempoh ditetapkan pengeluar, memang lebih berbaloi memilih minyak pelincir Mineral atau Semi Sintetik. Ini kerana perbezaan harga kedua-dua minyak itu lebih murah berbanding Sintetik Penuh.

BACA >>> Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

3. KELIKATAN (VISCOSITY)

Kelikatan menentukan kadar aliran minyak pelincir ketika enjin beroperasi dalam suhu berbeza. Minyak pelincir hari ini didatangkan dalam kelikatan multigred. Contohnya, bagi minyak tertulis SAE 10W-40, kod 10W merujuk kepada gred kelikatan pada suhu musim sejuk (winter) -25°C, manakala 40 ialah gred kelikatan pada suhu 100°C.

Semakin kecil nombor tersebut, maka semakin rendah kelikatan dan semakin tinggi aliran minyak pelincir berkenaan dalam enjin. Jika enjin motosikal anda masih dalam keadaan standard, lebih bagus ikut saja saranan pengeluar seperti tertera dalam buku manual penyenggaraan.

Apakah lebih baik menggunakan minyak pelincir kelikatan rendah berbanding apa disarankan pengeluar?

Jawapannya, belum tentu. Ini kerana kelikatan minyak pelincir bukan sekadar bertugas untuk mengalir dalam enjin, tetapi turut berfungsi menutup kelegaan antara omboh dan dinding silinder. Faktanya, setiap kelikatan itu berbeza mengikut keperluan jenis motosikal dan pengeluar sesebuah jenama walaupun motosikal itu bersesaran sama.

Motosikal biasa memiliki ruang kelegaan tinggi untuk memudahkan enjin dihidupkan. Ini memerlukan jenis minyak pelincir berkelikatan tinggi supaya dapat menutup kelegaan dalam enjin ketika rev tinggi. Bagi motosikal berprestasi tinggi atau perlumbaan, kelegaan omboh perlu dikurangkan bagi memberikan ruang meningkatkan mampatan. Justeru minyak pelincir yang kurang kelikatan diperlukan supaya dapat mengalir menerusi ruang kelegaan sempit walaupun ketika dalam kondisi operasi ekstrem.

4. SPESIFIKASI

Bagi memastikan minyak pelincir bersesuaian dengan jenis kenderaan dihasilkan, API menetapkan taraf klasifikasi servis mengikut tahun kenderaan dibuat dengan berpandukan teknologi enjin dan kawalan emisi semasa.

Taraf klasifikasi servis untuk enjin petrol adalah menggunakan kod dua digit awalan S(*), dengan urutan abjad pada (*) dengan merujuk kepada taraf tahun tertentu. Antara kerap dijumpai untuk motosikal moden ialah klasifikasi API SJ/SL/SM seperti gambarajah di atas.

Asalnya, minyak pelincir automobil lain seperti kereta juga boleh digunakan pada motosikal. Namun, disebabkan keperluan industri berbeza seperti tuntutan formula pemulihara tenaga, pengeluar minyak pelincir kereta mula menambah pengubah geseran (friction modifier) yang boleh mendatangkan masalah gelinciran klac (clutch slip) serius jika digunakan pada motosikal.

Menyedari masalah itu, OEM seperti Pertubuhan Piawaian Automotif Jepun (JASO) mencadangkan standard tambahan, iaitu JASO MA untuk motosikal klac basah dan JASO MB (motosikal automatik seperti skuter).

Jika anda ingin mencuba minyak pelincir bukan konvensional, sila beri perhatian kepada label tersebut untuk mengelak masalah pada klac motosikal anda. * Rujuk pautan di akhir artikel ini.


KESIMPULAN

Walaupun ada minyak pelincir enjin automotif lain mempunyai taraf servis API dan kelikatan bersesuaian – tanpa formula pemulihara tenaga – itu belum tentu sesuai digunakan sebagai minyak pelincir motosikal anda.

Sebabnya, enjin motosikal berkongsi takungan pelincir dengan sistem transmisi yang memerlukan pengubah kelikatan dan aditif yang lebih tahan lasak. Selain itu, enjin motosikal seperti sportbike, berputar pada rev lebih tinggi dan menjana lebih banyak kuasa per sesaran berbanding enjin kereta. Ini mempercepatkan proses penguraian molekul dan memberi kesan kepada tempoh minyak pelincir itu boleh bertahan lebih lama sebelum diganti.

Sampel label minyak pelincir automotif heavy duty yang juga sesuai untuk motosikal dan kereta.

Seeloknya, pilihlah pelincir khas untuk motosikal. Ada juga sesetengah minyak pelincir automotif lain yang dikatakan boleh digunakan motosikal, tetapi sila pastikan dahulu ketepatan maklumat yang tertera pada label pelincir mengikuti spesifikasi API dan JASO. Pastikan juga bersesuaian dengan jenis motosikal anda, atau buat pemeriksaan lanjut mengenai spesifikasi di laman web pengeluar.

Jika was-was, jangan guna! Banyak lagi pilihan minyak pelincir motosikal yang ada di pasaran lain. Mudahkan?

RUJUKAN:

  • Gred kelikatan SAE
  • Klasifikasi servis API
  • Klasifikasi JASO
API autotainment hdeo jaso kenali jenis minyak hitam motosikal minyak hitam minyak pelincir motosikal roda2 sae tukar minyak hitam
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 65 Comments

65 Comments

  1. AL on 27/07/2017 02:49

    Admin boleh terangkan apa itu ester dalam EO seperti yang terdapat dalam motul,fuchs dll dan apa fungsi dan kesannya pada enjin??

    Reply
    • ZY on 28/07/2017 10:24

      Secara mudahnya, ester merupakan minyak asas yang membentuk pelincir Group 5 – gred terbaik pelincir sintetik.
      Kelebihan utamanya berbanding sintetik Group 4 (biasanya menggunakan PAO), kadar detergen lagi tinggi dan molekul pelincir yang lebih tahan lasak.

      Reply
      • Shah24 on 29/11/2019 08:08

        Admin..apa akan berlaku jika menuang minyak enjin melebihi sukatan yang diberi..?

        Reply
        • AO on 29/11/2019 10:11

          Enjin rasa berat

          Reply
    • Syahmi on 12/03/2018 21:50

      Ester tu klau tak silap.. benda asas utk hasilkan perfume..sbb tu 2t wangi kan..
      Maaf, saya pengguna 4 stroke.

      Reply
    • Faidhi on 06/05/2018 07:37

      Ester tu biasanya digunakan oleh pelumba2 mtor GP.. Boleh dikatakan Minyak Paling Bagus jika mengandungi Ester.. Ester itu lah yang menjaga enjin drpd geseran,Harga pun boekkkkk..hehe

      Reply
    • Abdul Hamid on 07/02/2020 21:29

      O.k

      Reply
  2. Hafiz on 28/07/2017 16:54

    Admin nk tnye kalo kte kerap mnukar jnme minyak hitam yg kte gnekn stiap kli servis bleh jejaskn enjin kte especially motor

    Reply
    • ZY on 28/07/2017 17:47

      Tiada masalah, asalkan spesifikasi bersesuaian dengan enjin dan paling penting – original.

      Reply
  3. Mohd Kitt on 01/08/2017 20:47

    saya nak tanya. Saya ada masalah minnyak hitam motorsikal bocor hari ini. dia cuma menititk2 suda hantar kedai check mmg di cover penututup engine ada lubang kecik.. Saya buat carian di google ada alat nama Engine Oil sealer….so agak agak boleh tak guna pada motorsikal Honda Wave 110cc?

    Reply
  4. EJM on 02/09/2017 00:49

    Nak tanya. Kalau motor baru lg kite dah tukar minyak hitam bawah 100km. Akan ade ape2 effect tak pada enjin?

    Ada yang cakap “Jangan”.
    Ada yang cakap “Lagi bagus”.

    Reply
    • remy on 22/11/2017 22:58

      secara amnya,klau makin kerap kita tukar minyak hitam makin bagus,cuma mcm admin tulis,nnti anda mungkin mengakibatkan pencemaran dan pembaziran.Dalam kes awk ni,motor awk rasanya masih dlm warranty,biasanya klau kita buat apa2 perubahan(walaupun tukar minyak hitam sendiri) akan mengakibatkan hilang warranty

      Reply
  5. Shark on 11/09/2017 07:43

    Salam tuan , minggu lepas saya tukar minyak hitam motosikal kat kedai . Pomen tu main tuang je sebotol habis kedalam enjin . Sampai rumah saya check dipstick melebihi tahap max . Perlukah saya sedut keluar lebihan minyak tu atau biarkan je? Takut ada efek buruk terhadap motosikal kalau minyak terlebih isi .

    Reply
    • remy on 22/11/2017 23:02

      mengikut pengalaman saya laa,klau terbubuh lebih minyak hitam,better keluarkan sikit sbb takut motor SEBU dan boleh mengakibatkan LEBIHAN TEKANAN kat enjin so ENJIN STRESS

      Reply
      • Muhdevori on 08/06/2019 20:37

        Kalau ada lebih minyak dalam botol, boleh ke kita topup dlm enjin utk masa akan datang, boleh kah minyak lama campur minyak baru?

        Reply
  6. merah on 13/10/2017 16:48

    SemiSynthetic..10w-40
    Minyak engine kereta boleh tak digunakan pada motosikal 135cc.

    Reply
    • remy on 22/11/2017 23:04

      LC 135?,cuba tgk manual kenderaan tu,ada laa dia bgi spec minyak enjin yg sesuai

      Reply
      • Taufik on 29/11/2018 17:02

        Nak tanya sikit klo isi oil kena habis ke 1 leter tu
        Lcv1

        Reply
    • remy on 22/11/2017 23:07

      minyak enjin kereta lain dri motor,sbb motor punya minyak enjin dia rumus untuk tahan stress yg tinggi sbb enjin motor sekali dgn gearbox,kereta pula ada oil compartment yg lain untuk gearbox,so rasanya better x payah campur

      Reply
      • Zulkifli bin malek on 27/09/2018 18:04

        Sya pakai kriss 110 dan sering pakai minyak enjin kereta 15/40 mineral. Motor ulang alik 20km setiap hari.setiap bulan tukar minyak enjin. Nak tanya apa akan jdi pda enjin/klac.tiada apapun.

        Reply
  7. ADL on 01/11/2017 17:40

    Hi. Minyak hitam Silkolene / Motul sesuai tak digunakan pada motosikal Honda Wave Dash 110?

    Reply
    • remy on 22/11/2017 23:18

      tgk dkt area dipstick tu ada sticker tulis spec minyak enjin ataupun lgi senang cri dlm manual kenderaan (klau x silap saya honda dash110 10W-30),minyak enjin ni x kisah brand,yg pnting spec dia sama ke tak dgn pengeluar kenderaan tu,tpi saya x cakap yg semua minyak enjin ni wlau dri lain company formula dia samaianya berbeza tau

      Reply
  8. MOHAMMAD BIN ABDUL HAMID on 06/12/2017 00:30

    Motul 300v boleh guna max berapa kilometer admin

    Reply
  9. Mohd azarey asri on 02/01/2018 15:12

    Shell spirax s2 ATF D2 sesuai atau tidak untuk motor 4 strok?

    Reply
  10. Qie Abdullah on 09/01/2018 00:04

    Minyak hitam yg terbaik untuk Honda Wave Dash fi 2017?
    Gred yg terbaik encik boleh sarankan.
    TQ

    Reply
  11. shahrul on 05/03/2018 10:07

    admin nak tanya bagi admin minyak enjin untuk rs150r jenis dan jenama apa yang baik?

    Reply
    • ABG GYL on 05/03/2018 11:53

      Ikut seperti disarankan oleh OEM lebih baik

      Reply
  12. Azhari on 11/03/2018 22:58

    Admin,saye nak tanya psal minyak plincir ape kah yg sesuai untuk yamaha ego lc?
    Ape kesan klau saya tukar dari semi-synthetic ke fully synthetic?perlukah saye menukar balik ke semi-synthetic?kalau mnukar blik ke semi-synthetic,apekah ksannya?bleah merosakkan engine ke?

    Reply
    • ABG GYL on 12/03/2018 01:49

      Adalah lebih baik sekiranya terus ikut apa yang dicadangkan oleh OEM.

      Sekiranya tuan sudah tukar kepada Fully, adalah lebih baik untuk terus gunakan minyak fully. Bagaimanapun, ia tidak akan merosakkan enjin sekiranya anda bertukar kepada semi.

      Reply
  13. ajieb on 03/04/2018 00:43

    saya nak thu…
    macam mna nk thu yg minyk hitam kna tukar 2k o 1k..

    Reply
  14. Im on 07/04/2018 09:22

    Betul tu admin. Tak boleh main hentam je. Saya prnah cuba taruh minyak kereta 5w 40 fully synthetic kat motor wave100R (motor baru masa tu) . Motor standard je tp memang naik 110km/j. Tapi untuk 1 sesi perjalanan je pegi balik 200km. Lpas tu tu trus bocor gasket ring dekat batang sap magnet. Jadi, ikutlah label kat motor bahagian dipstick ada sticker tulis minyk nmbor apa perlu pakai

    Reply
  15. Tupai on 02/06/2018 01:01

    Salam admin.kalau 125zr guna 4t motul 10w50 ester ada effect tak.sebab da terbeli

    Reply
  16. Danial on 11/06/2018 17:04

    Admin sye nk tanye rs150r nie sesuai pakai semi punya ke fully punya minyak hitam sbb sye dh terpakai semi 10W-40 dan ade ape2 kesan tk kalau sye pakai minyak hitam semi 10W-40 ?

    Reply
  17. Mohd Afiq on 27/06/2018 10:37

    Salam

    Kalau spesifikasi dari pengleluar menyatakan minyak hitam perlu di tukar setiap 3oookm, makna nya, tak perlulah kita beli minyak hitam yang boleh tahan sehingga 10000km kan?

    Reply
  18. Muiz on 21/08/2018 20:23

    Admim..zx6 klau tukar fully syntic berapa km skali tukar?

    Reply
  19. Byman on 26/08/2018 10:22

    Hai admin, sy bru beli moto klac. Tp sy tgk dkt bekas mnyk klac tu mcm kosong saja. Ke mmg mcm tu? Minta pencerahan.

    Reply
    • ABG GYL on 26/08/2018 23:50

      sepatutnya ada minyak dan bukannya kosong habis.

      Reply
  20. Mohd Fadzli on 05/11/2018 22:46

    As salam admin.

    1.saranan penggunaan minyak pelincir adalah 20w-40 atau 50 jenis yamalube.Adakah baik jika saya gunakan 10w-60 jenis liqui moly?

    2.adakah saranan kod minyak pelincir dari buku manual adalah y terbaik?

    Tq admin

    Reply
  21. hafizi on 23/12/2018 12:33

    kalau enjin motor da upgrade (4T) apa brand oil yg baik utk enjin??

    Reply
  22. Mohd zahid on 09/01/2019 20:58

    Tuan boleh kah saya guna minyak motosikal isi ke enjin kereta..

    Reply
    • ZY on 09/01/2019 21:13

      Boleh guna, cuma tiada sebab untuk digalakkan penggunaan kerana minyak enjin motosikal lebih mahal.

      Reply
  23. mirul on 11/01/2019 14:29

    lc135 kalau dah modi sedap pakai minyak hitam spec ape?kalau ade pendapat lain² tolong yee

    Reply
  24. agib on 19/01/2019 19:40

    sy adalah pengguna lc 135, jika sy gunakan minyak hdeo sesuaikah untuk long distance, tukar minyak itam brape km skali? adakah sesuai enjin dlm keadaan bunyi kasar? adakah bunyi kasar itu blh hilang? dan minyak enjin diesel apakah paling sesuai utk pejalanan jauh dan tukar minyak brape km?

    Reply
  25. Yus on 09/02/2019 21:54

    Salam..motor cbr600cc pakai silkolene super Fx4 ok tak?

    Reply
  26. Yus on 09/02/2019 21:57

    Salam..cbr600rr pakai minyak hitam silkolene super fx4 ok?

    Reply
  27. Haziq on 20/02/2019 12:18

    Salam.. Lagenda 115z fi okey tak guna yamalube?

    Reply
    • ABG GYL on 20/02/2019 22:36

      Sepatutnya tak ada masalah

      Reply
  28. Syed on 12/03/2019 14:48

    Salam Admin,

    Saya baru ni tukar minyak engine motosikal brand Liquimoly, tapi tercampur minyak engine 10w-40 + 10w-50 (jemama yang sama). Adakah akan terdapat kesan pada engine motosikal ?

    Terima Kasih

    Reply
  29. Syuk on 21/03/2019 18:12

    Jika pelincir skuter diguna pada motorsikal biasa, ape kesan dia?

    Reply
  30. yus on 20/07/2019 22:01

    admin nk tanye sy guna skuter nvx sampai kedai motosikal tu owner kedai suh pakai pelincir 4T hyperlube dia ckp skuter dgn moto y15 same sume boleh pakai klo guna pelincir jenama hyperlube jd pandangan admin btol atau tidak…

    Reply
  31. amin on 27/07/2019 20:46

    moto skuter guna minyak skuter dab minyak 4t kn.berapa kerap kena tukar yr

    Reply
  32. Khairul on 12/11/2019 23:25

    Salam admin, macam mana nak tau minyak itam tu ada ester ka tak? Maksud saya dia tulis apa kat botol?

    Reply
  33. Hairieaffizul00 on 12/12/2019 09:05

    Salam admin…Kalau kickstarter jem…masalah die kat mna ekk???

    Reply
  34. Jijow on 07/01/2020 13:21

    Mcm motor y125zr, elok pkai 4t biasa atau pkai transmission oil/minyak gearbox.. komen skit sifu2..

    Reply
  35. Jilah Talip on 12/08/2020 12:32

    Saya guna motosikal 2 stroke, jadi saya tak tau nak guna minyak pelincir jenis apa,, boleh tak rekamen kan

    Reply
  36. Shah on 08/12/2020 01:46

    salam. admin saya nak tanya. soalan saya
    1) apa itu EAC DAN MAC. seperti minyak hitam motul made in Vietnam tiada EAC tidak seperti made in France.
    2) ada apa-apa perbezaan ke ye jika tiada EAC tu?
    3) jika motor telah diubah suai menggukan block dan piston yang lebih besar minyak mana lagi sesuai 10-40 atau 15-50???
    minta kongsi ilmu serta penjelesan. terima kasih…

    Reply
  37. Hafiz on 31/12/2020 16:12

    Hello admin..untuk 250 cc minyak apa yg bersesuian

    Reply
  38. Mizi on 03/05/2021 15:12

    Honda RS150R sebaik2 nya guna minyak enjin dan kod apa?

    Reply
  39. Eson on 16/06/2021 13:46

    Mekanik tiang minyak enjin lebih dri standard.. 1.3liter.. Boleh ka x da mslh enjin ka

    Reply
  40. Alif on 16/07/2021 20:52

    Nk tanya kancil 660 boh minyk enjin 20w50 bole ke tapi isi 3 liter

    Reply
  41. Rohana Binti Ismail on 02/12/2022 13:47

    boleh kah saya guna minyak enjin 15w50 utk honda wave 125i.

    Reply
    • Azhan O on 19/12/2022 19:36

      Pastikan minyak sama gred

      Reply
  42. Mohd harith on 03/08/2023 00:45

    Assalam tuan Apa beza minyak pelincir dgn minyak gear manual.jika kita gunakan minyak pelincir sbg ganti minyak gear gmanual adakah beri kesan ampingan jika di gunakan lama dan berterusan Kpd gear box sendiri atau oilseal sbgainya .tkasih tuan

    Reply
    • Azhan O on 01/09/2023 09:11

      Jauh berbeza sebab dua2 minyak tu dibuat untuk peranan masing2.

      Macam minyak urut orang tak buat goreng ikan

      Reply
  43. Aim on 20/10/2023 22:04

    Salam tn saya guna cbr600rr tahun 2012, tolong beri pendapat atau cadangan minyak 4t yg mana paling sesuai untuk motor saya, sekian trima kasih tn

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.