• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

July 31, 2025 By Shazwan Hisham Leave a Comment

FacebookTwitter

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium, JAECOO J8, untuk pasaran tempatan, kami dijempu memandu uji kemampuan SUV segmen-D itu di trek off-road Sepang Bay 13 Adventure Park, Sepang, Selangor.

Direka untuk pengembara moden, JAECOO J8 bukan sekadar SUV mewah, tetapi juga kenderaan serba boleh yang mampu menawan pelbagai rupa bumi dengan penuh yakin.

Dilengkapi Sistem Suspensi Canggih

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

JAECOO J8 dipacu sistem pacuan semua roda (AWD) dan 2WD serta digandingkan sistem Kawalan Redaman Berterusan (Continuous Damping Control, CDC) yang mampu melaras suspensi secara automatik sepantas milisaat mengikut permukaan jalan dan keperluan pemanduan.

Ciri itu menjadikan pemanduan lebih selesa dan stabil dalam pelbagai situasi, sama ada atas jalan berturap atau laluan bertanah (off-road).

Cabaran Off-Road Disahut OMODA | JAECOO

Berikut senarai ujian yang kami lalui dengan teknologi utama yang menyerlahkan kehebatan JAECOO J8:

  • Elephant Steps

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13
Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Ujian Elephant Steps (Lankah Gajah) ini bertujuan menguji kekuatan frem, rigiditi casis dan fleksibiliti gandar dengan ciri utama membabitkan Kawalan Pemvektoran Tork (TVC), CDC, jarak kelegaan bumi (ground clearance) yang tinggi dan suspensi independen.

  • Rock Crawl

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13
Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Ujian Rock Crawl (Rangkak Batu) pula menilai tahap pengurusan tork pada halaju rendah dan kelegaan bumi yang tinggi dengan ciri utama TVC dan opsyen pilihan mod pandu

  • Side Slope

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13
Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Ujian Side Slope (Cerun Tepi) cuba membuktikan kestabilan lateral (sisi) dan kawalan casis ketika dipandu atas permukaan tidak sekata. Ujian ini melibatkan ciri seperti TVC, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), dan kestabilan antioleng (anti-roll)

  • Water Wading

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13
Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Ujian Water Wading (Harung Air) cuba menguji keupayaan JAECOO J8 meredah air yang turut menguji ketahanan komponen kedap air SUV berkenaan dengan ciri utama seperti keupayaan mengharungi kedalaman air sedalam 450mm, rekabentuk ambilan udara (air intake) Tinggi, komponen elektrik ditutup kedap, dan CDC.

  • Log Run

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Log Run (Redah Balak) adalah ujian pemanduan atas permukaan  rupa bumi tidak rata bagi menilai keselesaan dan daya cengkaman SUV itu dengan penggunaan ciri utama seperti CDC, AWD dengan TVC, suspensi independen, dan gandar belakang multi-link

  • Big Hill

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13
Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Ujian Big Hill (Bukit Besar) cuba menguji aspek agihan kuasa dan sistem kawalan ketika menuruni bukit dengan ciri utama seperti Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Brek Enjin Bersepadu.

J8 Siap Sedia Hadapi Apa Jua Cabaran

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

Setiap cabaran dilalui menunjukkan tahap keupayaan SUV premium itu yang sesuai untuk kegunaan di jalan raya Malaysia dengan gabungan teknologi pintar, dan sistem pacuan canggih.

Semua ujian itu bukan saja memberikan keyakinan, tetapi memastikan perjalanan yang selesa kepada mereka yang mencari ketenangan dalam pemanduan. Ciri seperti TVC, dan CDC bukan saja memberi keselesaan, tetapi mampu mengelak kemalangan dan meningkatkan pengalaman pemanduan.

Jadi, kepada mereka yang sedang mencari SUV segmen-D yang penuh bergaya, lasak dan berteknologi tinggi, JAECOO J8 adalah jawapannya!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jaecoo J8, JAECOO J8 2WD, JAECOO J8 AWD, Omoda | Jaecoo, Pandu uji, Pandu Uji JAECOO J8, Sepang Bay 13 Adventure Park, SUV premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
    JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!
    #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev