• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MBSA Beri Inisiatif Parkir Percuma untuk Warga Emas

MBSA Beri Inisiatif Parkir Percuma untuk Warga Emas

May 27, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

Inisiatif parkir percuma untuk warga emas di kawasan MBSA
MAJLIS  Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberikan inisiatif parkir percuma khas buat warga emas sempena sambutan Jubli Perak MBSA ke-25 Tahun.

Inisiatif itu adalah pendekatan menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya lebih inklusif selain menghargai jasa dan sumbangan golongan emas kepada komuniti.

Syarat Dapat Insentif

Bagi melayakkan diri menikmati insentif itu, beberapa syarat perlu dipatuhi terlebih dahulu seperti:

  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Pembayar cukai taksiran MBSA
  • Pemilik kenderaan berdaftar

Layak untuk Satu Kenderaan Sahaja

Selain itu, setiap warga emas  layak mendaftarkan satu kenderaan sahaja untuk menikmati insentif berkenaan dan permohonan sah selama dua tahun menerusi aplikasi Smart Selangor Parking atau Flexi Parking.

Setakat ini, ada 628 permohonan dikemukakan dan 449 sudah diluluskan MBSA. Berdasarkan data MBSA, ada 117,202 warga emas berumur 60 tahun ke atas pernah membayar parkir di kawasan pentadbiran MBSA.

Jika mengikut Flexi Parking, ada 37,817 pengguna warga emas dikenal pasti sebagai pengguna aplikasi tersebut. Maklumat mengenai permohonan ada di laman MBSA.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jibli Perak MBSA 25 Tahun, Jubli Perak 25 Tahun, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MBSA, Parkir Percuma Warga Emas, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev