Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hypercar Sepanyol, Hispano Suiza Carmen Boulogne Ini Berkuasa 1,099hp, Tork 1,600Nm!
Roda4

Hypercar Sepanyol, Hispano Suiza Carmen Boulogne Ini Berkuasa 1,099hp, Tork 1,600Nm!

Abang HirataBy Abang Hirata17/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM sejarah automotif dunia, Sepanyol sebenarnya memiliki banyak jenama automotif dan antara pengeluar terkenal ialah SEAT.

Selain SEAT, ada satu lagi jenama Sepanyol masih kekal, iaitu Hispano Suiza yang diasaskan pada 1904. Bagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua (WWII), pengeluar itu menumpukan kepada industri aeroangkasa.

BACA >>> Dari Pengeluar Kereta ke Motosikal Elektrik, SEAT Perkenal Tiga Model e-Skuter

Pada 2010, barulah pengeluar itu kembali ke dunia automotif menerusi debut model supercar dengan nama Hispano Suiza di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS). Bagaimanapun, model berkenaan tidak lagi dikeluarkan selepas itu.

Paling terbaharu, Hispano Suiza kembali dengan melancarkan hypercar elektrik, Carmen pada Mac lalu, dan menambahkan  tawaran model edisi khas Carmen Boulogne yang tampil lebih berkuasa. Dibangunkan di Barcelona, Sepanyol, model berkenaan cuma dikeluarkan  lima unit sahaja.

Ada apa dengan Boulogne?

Dalam sejarah Hispano Suiza, nama Boulogne mempunyai sejarah cukup signifikan yang mana pengeluar itu pernah menghasilkan jentera lumba H6 Coupé untuk bersaing dalam perlumbaan enduran sekitar bandar tersebut, iaitu kejuaraan Piala George Boillot.

Dalam kejuaraan itu, pengeluar Eropah itu meraih tiga kejayaan berturut-turut menerusi tiga pelumbanya, iaitu André Dubonnet (1921), Paul Bablot (1922) dan Léonce Garnier (1923) yang masing-masing memandu Suiza H6.

Justeru Carmen Boulogne (2020) dihasilkan sebagai tribut kepada legasi kejayaan masa lalu yang penuh sejarah. Berikut ciri dimiliki hypercar tersebut:

Rangkaian Trenkuasa dan Prestasi

  • Edisi khas, 93hp lebih berkuasa daripada Carmen biasa.
  • Kuasa 1,099hp, dan tork 1600Nm, manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 290kmj, dan pecutan 0-100kmj sepantas 2.6 saat.
  • Dikuasakan empat motor kekal magnet sinkronaus, dua di depan dan dua di belakang.
  • Tork setiap motor dikawal menggunakan sistem pemvektoran canggih, dibangunkan secara dalaman menerusi kepakaran yang diperoleh daripada Formula E.
  • Bateri polimer litium-ion memiliki kapasiti 80kWh dengan jarak pemanduan hingga 400km mengikut rating Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  • Bateri direka dan dikeluarkan secara dalaman, lengkap dengan sistem kawalan suhu bagi memastikan setiap sel dapat beroperasi optimum.
  • Keupayaan pengecasan pantas lebih 80kW secara arus terus (DC) hanya memerlukan 30 minit untuk isian 30-80 peratus menerusi pengecasan pantas CCS2.
  • Mempunyai pilihan pengecas CHAdeMO dan GB/T.

Casis dan Badan

  • Keseluruhan badan dibuat daripada gentian karbon.
  • Berat hanya 1,630kg, iaitu 60kg lebih ringan daripada Carmen.
  • Pengurangan berat dicapai melalui beberapa komponen dioptimumkan seperti suspensi, komponen CNC baharu, subfrem dan bumbung gentian karbon.
  • Lampu depan semi-bulat dan garang seperti Carmen, dibezakan dengan gril tembaga.
  • Rekabentuk, kejuruteraan dan pengeluaran daripada Hispano Suiza dan QEV Technologies, iaitu syarikat yang mengkhususkan dalam pembangunan motor elektrik dan sukan permotoran.

Carmen Boulogne yang dipesan boleh dikustomkan menerusi divisyen Unique Tailormade.

Harga hypercar ini bermula €1.65 juta (RM8.15 juta), dan proses pengeluaran mengambil masa sekitar 12 bulan. Lima unit ditawarkan itu adalah tambahan kepada 19 unit keseluruhan model Carmen biasa. Penyerahan pertama Carmen dijadualkan bermula 2022.

BACA >>> Aston Martin Valkyrie – Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!
BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri

Hispano Suiza Hispano Suiza Carmen Boulogne hypercar Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.